
Selamat datang ke laman web rasmi STRIDE
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan(STRIDE) merupakan sebuah jabatan di Kementerian Pertahanan yang mengurus dan melaksanakan aktiviti R&D Pertahanan disamping membekalkan sokongan S&T kepada Angkatan Tentera Malaysia(ATM).
STRIDE yang telah wujud semenjak 40 tahun dahulu, terlibat secara langsung dalam semua aspek sains dan teknologi pertahanan meliputi darat, laut dan udara. Institut ini juga menyediakan khidmat teknikal seperti pembangunan dan pengesahan speksifikasi peolehan peralatan pertahanan, penilaian dan pengujian teknikal, penyiasatan, khidmat nasihat, rundingan dan lain-lain. Untuk memastikan STRIDE tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang pertahanan di peringkat dunia, perhubungan rapat dengan beberapa organisasi pertahanan luar negara, institut-institut penyelidikan dan universiti tempatan serta industri pertahanan sentiasa dikekalkan.
Datuk Dr. Abdul Ghaffar Bin Ramli
Ketua Pengarah STRIDE