BAHAGIAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN
Bahagian Teknologi Persenjataan (BTP) terletak di Batu Arang, kira-kira 14 km dari pekan Rawang. Bahagian ini ditubuhkan pada tahun 1968 sebagai Unit Senjata dan Peluru. Pada tahun 1972, Unit ini ditempatkan di Kilang Malaysian Explosive (MALEX) dan berperanan memberi bantuan khidmat teknikal khususnya untuk jaminan kualiti dalam proses Penerimaan. Sebelum Penghantaran (PDI) bagi ATM. Pada tahun 1985, projek pembangunan prasarana Kompleks Persenjataan dimulakan dan pembinaannya bermula pada tahun 1989. Kompleks ini diserahkan kepada PSTP pada 25 Januari 1993. Majlis Perasmian Kompleks Persenjataan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Syed Hamid Albar selaku Menteri Pertahanan pada 16 Jun 1995. Secara keseluruhan, aktiviti BTP merangkumi pengujian peluru dan sistem persenjataan ATM.Dari aspek operasi, BTP terbahagi kepada 5 Cawangan iaitu
i. Cawangan Ordnan
ii. Cawangan Propulsi,
iii. Cawangan Persenjataan
iv. Cawangan Balistik
v. Cawangan Sokongan Teknologi Pertahanan.
OBJEKTIF
Objektif utama adalah merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan projek R&D
serta membekalkan bantuan teknikal dalam bidang Teknologi Persenjataan kepada ATM
dan industri pertahanan negara.
PERANAN CAWANGAN
i. Cawangan Ordnan
Aktiviti utama Cawangan Ordnan ialah menjalankan projek R&D di samping memberikan bantuan teknikal kepada ATM dan industry persenjataan negara khusus dalam bidang ordnan. Cawangan juga menjalan pengujian teknikal ke atas peluru, periuk api, bom dan sebagainya. Sementara itu, Cawangan juga Cawangan juga menerokai bidang Teknologi Persenjataan yang merangkumi sistem fius; peluru; periuk api dan bom; kimia bahan letupan dan piroteknik; ujian persekitaran dan keserasian serta penilaian kesensitifan dan bahaya serta ujian tanpa musnah (NDT).
ii. Cawangan Propulsi,
Aktiviti utama Cawangan Propulasi ialah menjalankan projek R&D dan memberi bantuan teknikal kepada ATM dalam bidang propulsi yang merangkumi propelan, motor roket dan sebagainya. Antara bidang yang diterokai ialah Kimia Propelan, Sistem Propulsi Peluru, Sistem Propulsi Roket serta Misil dan Balistik Dalaman. Cawangan menjalankan aktiviti di Makmal Kimia Propelan dan Makmal Sistem Propulsi. Makmal-makmal ini menjalankan analisis propelan ke atas sampel peluru ATM serta sampel
daripada Syarikat Malaysia Explosive (SMEO). Cawangan Propulsi mempunyai tenaga pakar
dan kemudahan untuk melaksanakan penyiasatan, meningkatkan keselamatan dan kualiti
propelan semasa pengunaan atau penyimpanan peluru, membekalkan kepakaran saintifi k
dalam bidang berkaitan.
iii. Cawangan Persenjataan
Cawangan berperanan melaksanakan projek R&D, memberikan bantuan teknikal dan menjalankan pengujian teknikal dalam bidang persenjataan. Antara penentuan dan pengujian yang dijalankan ke atas senjata ialah ujian ketepatan, drop test, fuctional test dan sebagainya mengikut piawaian tertentu. Cawangan ini terlibat dalam pengujian sebelum perolehan (PDI) sehingga ke peringkat pelupusan senjata. Antara pengujian utama yang dilaksanakan di Cawangan ini ialah mengenalpasti tahap kehausan dan ovality laras senjata serta ujian daya kekuatan tarikan pada picu senjata ketika memulakan tembakan. Kesemua ujian ini bertujuan untuk menentukan keupayaan dan serviceability senjata ATM.
Cawangan ini juga terlibat dalam kajian dan siasatan kerosakan atau kemalangan yang melibatkan senjata terutama untuk mencari sebab dan punca kejadian tersebut berlaku bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.
iv. Cawangan Balistik
Aktiviti utama di Cawangan Balistik adalah menjalankan projek R&D dan membekalkan bantuan teknikal dalam bidang balistik kepada ATM, Kementerian Pertahanan Malaysia, agensi-agensi keselamatan dan juga Industri Pertahanan. Cawangan ini juga memajukan teknik teknik dan kaedah pengujian balistik. Bidang teknologi persenjataan yang diterokai merangkumi internal, intermediate, external & terminal ballistic, kesan terhadap sasaran (terminal effects), gempa (blast), serpihan (fragmentation), penembusan (penetration), keberkesanan senjata kecil (small arm effectiveness), highspeed photography, instrumentasi balistik, ujian kelayakan peluru serta ujian bahan perlindungan balistik, armour plate, ballistic helmet dan ballistic vest.
Cawangan ini juga telah diberi tangungjawab untuk mengurus, menentukan keselamatan dan mengendalikan perkembangan di Lapangsasar Balistik Tertutup sepanjang 600 meter.Cawangan ini merupakan sebuah pusat pengujian balistik sistem persenjataan, amunisi dan pelbagai bahan kalis peluru.
v. Cawangan Sokongan Teknologi Pertahanan.
Objektif utama Cawangan ialah memberi bantuan sokongan sains & teknologi kepada pelaksanaan projek R&D dan membantu Cawangan-cawangan lain dalam melaksanakan pengujian teknikal. Antara bidang yang diterokai adalah Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk Peluru & Sistem Persenjataan, Metalurgi Persenjataan, Sistem Kualiti MSO ISO 9002:1994. Cawangan ini juga menguruskan Pusat Sumber dan Pusat Teknologi Maklumat.
Last Updated on Tuesday, 28 June 2011 09:09




