Laman Utama

Sambutan Jubli Emas TUDM

Pameran Sambutan Jubli Emas TUDM

KPSL di Bukit Fraser

Kursus Bimbingan KPSL Gred J & C

Lawatan U.S Pacific Command

Lawatan U.S Pacific Command

STRIDE

Teknologi Perlindungan & Biofizikal

 
Selamat Datang Ke Portal Rasmi STRIDE

Sains dan teknologi merupakan satu elemen penting dalam pembangunan Teknologi Pertahanan masa kini. Kebanyakan perkakasan dan kelengkapan pertahanan adalah berlandaskan teknologi tertentu yang hanya boleh dikendalikan melalui pengetahuan dan kemahiran khusus dalam bidang tersebut. Oleh itu, kejayaan operasi ketenteraan sangat bergantung kepada keupayaan teknikal dalam penggunaan, pengendalian dan penyelenggaraan perkakasan tentera yang moden dan canggih.

 

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) merupakan sebuah institusi penyelidikan kerajaan yang melaksanakan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) dan memberikan bantuan sains dan teknologi kepada Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan tempatan. Di dalam bidang ketenteraan, sokongan sains dan teknologi diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada dalam keadaan aman ataupun semasa perang.

 

Contohnya S&T telah digunakan dalam penyediaan barangan keperluan asas anggota tentera seperti pakaian dan kasut sehinggalah kepada peralatan yang lebih canggih seperti peluru berpandu , sistem pesawat dan kapal selam. Perkembangan ini menuntut sektor pertahanan negara untuk menguasai kemahiran yang berorientasikan sains dan teknologi (S&T). Berlandaskan asas tersebut, STRIDE telah diwujudkan dalam Kementerian Pertahanan. STRIDE atau dahulunya dikenali sebagai PSTP merupakan satu-satu organisasi yang berfungsi untuk membekalkan kepakaran saintifik dan teknikal kepada ATM. Pemahaman lengkap dalam sesuatu teknologi ketenteraan menyokong ATM melaksanakan misi ketenteraan secara berkesan.

 
 

Pengumuman Terkini

Tender STRIDE

Tawaran baru tender telah dibuka. Sila ke pautan Tender & Sebutharga untuk maklu...

Selanjutnya

Pendaftaran

Semua warga STRIDE dan sesiapa yang berminat adalah digalakkan mendaftar sebagai...

Selanjutnya
100%
-
+
5
Show options