Laman Utama
 
Selamat Datang Ke Portal Rasmi STRIDE

Sains dan teknologi merupakan satu elemen penting dalam pembangunan Teknologi Pertahanan masa kini. Kebanyakan perkakasan dan kelengkapan pertahanan adalah berlandaskan teknologi tertentu yang hanya boleh dikendalikan melalui pengetahuan dan kemahiran khusus dalam bidang tersebut. Oleh itu, kejayaan operasi ketenteraan sangat bergantung kepada keupayaan teknikal dalam penggunaan, pengendalian dan penyelenggaraan perkakasan tentera yang moden dan canggih.
 
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) merupakan sebuah institusi penyelidikan kerajaan yang melaksanakan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) dan memberikan bantuan sains dan teknologi kepada Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan tempatan. Di dalam bidang ketenteraan, sokongan sains dan teknologi diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada dalam keadaan aman ataupun semasa perang. 
Baca lagi...
 
KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) STRIDE
 
STRIDE telah menubuhkan 6 Kumpulan KIK yang mewakili setiap bahagian pada Mac 2009.
Satu kursus fasilitator dan tatacara pelaksanaan kumpulan KIK  telah diadakan di Seaview Hotel, Langkawin, Kedah pada 29 Jun hingga 2 Julai 2009. Kursus in itelah dihadiri oleh 42 orang peserta yang terdiri daripada fasilitator dan semua ahli Kumpulan KIK dari setiap bahagian di STRIDE.
 
Baca lagi...
 

Pengumuman Terkini

Lawatan SSR MAMPU

Lawatan pengauditan System Star Rating (SSR) MAMPU 2010 ke STRIDE pada 5 OGOS 20...

Selanjutnya
100%
-
+
5
Show options