Kelab Kakitangan STRIDE atau KKSTRIDE adalah sebuah pertubuhan bagi semua warga STRIDE. Ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti masyarakat dalam STRIDE dan juga untuk menjaga kepentingan dan kebajikan bersama ahli-ahli serta membantu antara satu sama lain. Aktiviti bersukan dan beriadah dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga STRIDE.
Pengumuman : KKSTRIDE sedang merekabentuk satu logo kelab yang baru untuk dijadikan logo rasmi KKSTRIDE. Kepada warga STRIDE yang berminat untuk menyumbangkan idea, sila emailkan logo anda kepada setiausaha kelab iaitu Pn. Kathryn Tham Bee Lin
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Malam STRIDE atau STRIDE Nite telah diadakan pada 8hb Mei 2010 bertempat di Bangi Golf Resort yang dianjurkan oleh KKSTRIDE. Tema kali ini ialah Black & Red Nite. Dianggarkan lebih 150 warga STRIDE dan ahli keluarga hadir bagi memeriahkan majlis ini. Majlis disempurnakan oleh YBhg Datuk Ketua Pengarah STRIDE.
Program Siri Jelajah Julang STRIDE Ke Puncak 2010
19-21 Feb 2010
Gunung Nuang - Seramai 30 orang warga STRIDE telah bersama-sama menjayakan program yang pertama ini. Mereka telah menjejakkan kaki di puncak gunung tepat pada pukul 12.30 tengahari pada 20hb Feb 2010.Tahniah diucapkan.