Laman Utama ยป Perkhidmatan
 
PDF Cetak Emel

Aktiviti-aktiviti teknikal yang dijalankan di STRIDE termasuklah:-

Peranan dan fungsi STRIDE dilaksanakan melalui berbagai-bagai aktiviti berikut :

i) Penilaian Teknikal
Merangkumi penentuan kesesuaian sesuatu barangan melalui penilai contoh, risalah, bahan, spesifikasi, standard dan lain-lain. Lazimnya penilaian teknikal dilakukan pada peringkat terawal dalam proses perolehan perkakasan, bahan, peralatan, sistem dan sebagainya.

ii) Pengujian dan Ujinilai
Melibatkan kerja-kerja makmal dan lapangan dalam pengendalian dan penganalisisan kesesuaian sesuatu sistem, peralatan, perkakasan, bahan dan sebagainya. Lazimnya keperluan pengujian teknikal ditentukan dan dipohon oleh unit-unit tentera mengikut keperluan dan keadaan sistem-sistem yang beroperasi.

iii) Penyelidikan dan Pembangunan
Bertujuan membangunkan keupayaan teknikal dalam menyaingi teknologi ketenteraan masa kini dalam bidang-bidang khusus yang dipertekankan.

iv) Penyiasatan
Dilakukan atas permohonan tertentu, lazimnya akibat kerosakan dan kemalangan. Tujuan penyiasatan ialah menentukan punca-punca kerosakan atau kemalangan bagi maksud pelaporan dan penyediaan syor serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak perulangan insiden.

v) Seminar Teknikal
STRIDE kerapkali menganjurkan seminar teknikal dalam pelbagai bidang.