|

Selamat datang ke laman web rasmi STRIDE Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan(STRIDE) merupakan sebuah jabatan di Kementerian Pertahanan yang mengurus dan melaksanakan aktiviti R&D Pertahanan disamping membekalkan sokongan S&T kepada Angkatan Tentera Malaysia(ATM). STRIDE yang telah wujud semenjak 40 tahun dahulu, terlibat secara langsung dalam semua aspek sains dan teknologi pertahanan meliputi darat, laut dan udara. Institut ini juga menyediakan khidmat teknikal seperti pembangunan dan pengesahan speksifikasi peolehan peralatan pertahanan, penilaian dan pengujian teknikal, penyiasatan, , khidmat nasihat, rundingan dan lain-lain. Untuk memastikan STRIDE tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang pertahanan di peringkat dunia, perhubungan rapat dengan beberapa organisasi pertahanan luar negara, institut-institut penyelidikan dan universiti tempatan serta industri pertahanan sentiasa dikekalkan. Saya yakin STRIDE akan terus cemerlang sebagai institusi penyelidikan yang ulung. Dengan adanya laman web ini, masyarakat, khususnya para pelanggan berupaya mendapat maklumat dan perkhidmatan terkini yang kami disediakan dalam bidang penyelidikan pertahanan selain mengetahui penglibatan dan peranan STRIDE dalam memperkembangkan industri pertahanan negara. Kunjungan anda ke laman web STRIDE sangat dihargai. Laman web STRIDE akan dikemaskini untuk memberi maklumat tentang aktiviti penyelidikan terkini serta pencapaian dan produk terbaru. Saya berharap laman ini akan membolehkan para pengunjung laman berinteraksi untuk mendapatkan berbagai maklumat secara umum mengenai STRIDE dan juga maklumat khusus mengenai program serta aktiviti yang telah dirancang untuk penyelidikan dan pembangunan dalam industri pertahanan.Sekian, terima kasih. Selamat Berinteraksi. Selamat melayari laman web STRIDE!
Datuk Dr. Abdul Ghaffar Bin Ramli Ketua Pengarah STRIDE
|