|
1. Apakah STRIDE? STRIDE merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Pertahanan yang berfungsi untuk memberi sokongan teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan. 2. Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh STRIDE?
Perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang disediakan oleh STRIDE adalah seperti berikut : a) Menguruskan dan menjalankan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) b) Membantu membangun dan mengesahkan spesifikasi perolehan pertahanan. c) Penilaian teknikal perolehan pertahanan. d) Melaksanakan penyelidikan operasi dan memberi khidmat nasihat dalam pembangunan keupayaan pertahanan. e) Menjalankan analisis kegagalan komponen, bahan dan peralatan. f) Pengujian, pengukuran dan pemeriksaan makmal dan medan. g) Perundingan teknikal. h) Kalibrasi dan pengukuran jitu. 3. Adakah kementerian lain atau syarikat swasta boleh menggunakan perkhidmatan STRIDE?
Ya, semua kementerian/jabatan kerajaan boleh gunakan perkhidmatan STRIDE. Syarikat swasta juga boleh menggunakan perkhidmatan STRIDE tetapi akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan. 4. Spesifikasi peralatan bagaimanakah yang perlu dapatkan pengesahan dari STRIDE?
Semua spesifikasi perolehan Kementerian Pertahanan (kecuali item ICT dan perubatan) perlu dapatkan pengesahan dari STRIDE sebelum dihantar ke Bahagian Perolehan. 5. Bagaimana prosedur mendapatkan pengesahan spesifikasi dari STRIDE?
a) Hantar spesifikasi perolehan ke Cawangan Penyelidikan & Kajian Strategik, STRIDE. b) Mesyuarat Penapisan & Pengesahan Spesifikasi akan diadakan kemudian bersama pengguna. 6. Berapa lama satu proses pengesahan spesifikasi akan diperolehi?
Biasanya mengambil masa selama 4 minggu untuk pengesahan satu spesifikasi. 7. Berapa lama tempoh sah laku satu spesifikasi?
Tempoh sah laku sesuatu spesifikasi berbeza mengikut jenis item seperti berikut : a) Dua (2) TahunAll equipment / systems / materials related to : i) Electronic Test Equipment ii) Electronic Communication iii) Electro-opticali v) Electronic Surveillance and Electronic Warfare vi) Navigation and electronic simulation systems vii) Training simulation system (not wholly electronic or mechanical hardware) b) Tiga (3) TahunAll equipment / systems / materials related to : i) Small Arms and Ammunition ii) Ordnance iii) Weapons Platforms iv) Personal Protection Armour v) Personal Protection (excluding armour) vi) Mechanical and small electro-mechanical c) Lima (5) TahunAll equipment / systems / materials related to : i) Land Vehicle ii) Aerospace Vehicle and Supporting Systems iii) Maritime Vehicle and Supporting Systems iv) Textiles and clothing v) Food and rationv vi) Personal and consumer vii) Petroleum, Oils and Lubricants viii) General Chemicals |