PENGENALAN

 PERSATUAN SURI DAN ANGGOTA WANITA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (PUSPANITA) CAWANGAN STRIDE

Pada tanggal 12 Oktober 2016, isteri YBrs. Ketua Pengarah STRIDE, iaitu Pn Marina binti Said telah dilantik sebagai Pengerusi PUSPANITA Cawangan STRIDE yang pertama. Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) secara rasminya telah mempunyai PUSPANITA Cawangan STRIDE setelah Mesyuarat Penubuhan PUSPANITA Cawangan STRIDE diadakan pada 11hb November 2016 (Jumaat), jam 3.00 petang dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Kementerian Pertahanan (MinDef), YBhg. Datin Sri Zahrah binti Che Hussain.  Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datin Siti Mariam binti Hj Yusof, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA MinDef., YBhg. Datin Siti Fatimah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Cawangan JLKN, YBrs. Ketua Pengarah STRIDE selaku Penaung.  Selain daripada anggota wanita STRIDE, Pengarah-pengarah Bahagian dan isteri masing-masing juga turut hadir.

Meskipun PUSPANITA Cawangan STRIDE baru ditubuhkan, kebanyakan warga wanita STRIDE telah menjadi ahli PUSPANITA peringkat Kementerian Pertahanan. Bahkan ada yang telah terlibat secara aktif dalam setiap program anjuran Kementerian atau Kebangsaan dan juga memainkan peranan penting di peringkat Kementerian. Sebagai contoh, Pn Nadira Mahadi telah terpilih untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kerja (JKK) Pendidikan & Pembangunan Keluarga dan Dr Zalini Yunus dilantik sebagai mentor JKK ini.

puspanita