PENGENALAN

PUSPANITA Cawangan STRIDE adalah seiring dengan objektif PUSPANITA Kementerian dan PUSPANITA Kebangsaan iaitu:

 

  1. Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan.
  2. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus.
  3. Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
  4. Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
  5. Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.
  6. Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli.
  7. Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang di buat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.

 

 

 

 

 PERSATUAN SURI DAN ANGGOTA WANITA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (PUSPANITA) CAWANGAN STRIDE

Pada tanggal 12 Oktober 2016, isteri YBrs. Ketua Pengarah STRIDE, iaitu Pn Marina binti Said telah dilantik sebagai Pengerusi PUSPANITA Cawangan STRIDE yang pertama. Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) secara rasminya telah mempunyai PUSPANITA Cawangan STRIDE setelah Mesyuarat Penubuhan PUSPANITA Cawangan STRIDE diadakan pada 11hb November 2016 (Jumaat), jam 3.00 petang dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Kementerian Pertahanan (MinDef), YBhg. Datin Sri Zahrah binti Che Hussain.  Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datin Siti Mariam binti Hj Yusof, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA MinDef., YBhg. Datin Siti Fatimah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Cawangan JLKN, YBrs. Ketua Pengarah STRIDE selaku Penaung.  Selain daripada anggota wanita STRIDE, Pengarah-pengarah Bahagian dan isteri masing-masing juga turut hadir.

Meskipun PUSPANITA Cawangan STRIDE baru ditubuhkan, kebanyakan warga wanita STRIDE telah menjadi ahli PUSPANITA peringkat Kementerian Pertahanan. Bahkan ada yang telah terlibat secara aktif dalam setiap program anjuran Kementerian atau Kebangsaan dan juga memainkan peranan penting di peringkat Kementerian. Sebagai contoh, Pn Nadira Mahadi telah terpilih untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kerja (JKK) Pendidikan & Pembangunan Keluarga dan Dr Zalini Yunus dilantik sebagai mentor JKK ini.

puspanita

 

VISI

KE ARAH PUSPANITA CEMERLANG


MOTO

WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT


MISI

UNTUK MENJADI WANITA BERDAYA SAING, BERKUALITI, BERILMU, BERKEMAHIRAN, BERKETERAMPILAN, DAN BERTAQWA SUPAYA DAPAT MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT