SEJARAH
logo_stride
  • Daftar

Sejarah

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957, negara telah menyertai Pertubuhan Sains Pertahanan Komanwel (Commonwealth Defence Science Organisation; CDSO). Susulan itu, dalam bulan Disember 1958, Malayan Defence Science Organisation (MDSO) yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang S&T daripada pelbagai Jabatan Kerajaan telah ditubuhkan.


Stride-Kajang-600x366Aktiviti pertubuhan ini pada ketika itu hanya terhad kepada perjumpaan berkala yang dianjurkan oleh CDSO. Segala hal berkaitan S&T yang dibangkitkan dalam perbincangan CDSO akan dirujuk kepada MDSO. Beberapatahun kemudiannya, MDSO tidak dapat terlibat secara aktif dan berkesan di peringkat antarabangsa disebabkan kekurangan pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang S&T.


Namun menyedari kepentingan dan keperluan yang ada untuk melaksanakan kerja-kerja sokongan saintifik dan teknikal kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada tahun 1968 Kementerian Pertahanan telah menubuhkan satu unit yang dikenali sebagai Pusat Teknik Pertahanan (Defence Technical Centre; DTC).


Seterusnya selaras dengan peranan dan tanggungjawab DTC yang telah berkembang serta dengan pertambahan aktiviti seperti penyelidikan operasi ketenteraan, DTC telah ditukarkan nama kepada Pusat Penyelidikan Pertahanan (Defence Research Centre; DRC) pada tahun 1972. Pada awal tahun 1985, DRC telah ditetapkan sebagai pusat pemindahan teknologi ketenteraan dan seterusnya dikenali pula sebagai Pusat Sains dan Teknologi Pertahanan (PSTP).

 

Peranan khusus PSTP adalah menyediakan perkhidmatan saintifik dalam proses perolehan, penggunaan dan penyimpanan perkakasan pertahanan di Kementerian Pertahanan. Aktiviti PSTP ketika itu, merangkumi penilaian teknikal, pengujian teknikal, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan penyiasatan. Pada masa yang sama, dua Cawangan baru telah diwujudkan iaitu Cawangan Maritim di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak (1985) dan Cawangan Persenjataan di Batu Arang, Selangor (1993).

 

Dalam bulan Disember 2001, kabinet telah meluluskan kenaikan taraf PSTP dari suatu Bahagian kepada Jabatan di Kementerian Pertahanan. YB Menteri Pertahanan telah mengumumkan secara rasmi status PSTP sebagai Jabatan dengan nama baru iaitu Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan atau lebih dikenali sebagai STRIDE (Science and Technology Research Institute for Defence) semasa Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Kompleks Induk STRIDE di Mukim Semenyih Kajang pada 1 April 2002.

 

Kini STRIDE beroperasi di tiga lokasi yang berbeza. Kompleks Induk di Taman Bukit Mewah Fasa 9, Kajang menempatkan 3 Bahagian iaitu Bahagian Teknologi Instrumentasi & Elektronik, Bahagian Teknologi Perlindungan & Biofizikal dan Bahagian Teknologi Jentera & Aeroangkasa. Manakala Bahagian Teknologi Persenjataan di Batu Arang, Rawang dan Bahagian Teknologi Maritim di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

 

 Khamis, 23  Februari 2017, 8:36:32 am
Hari Ini306
Semalam984
Minggu Ini3864
Bulan Ini17818
Jumlah630956

Pengiktirafan dan Pensijilan:

Pengiktirafan

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Kompleks Induk STRIDE,
Taman Bukit Mewah Fasa 9,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 603-8732 4400
Faks: 603-8733 5979
Emel: info@stride.gov.my

qrcode stride