logo_stride
  • Daftar

Soalan Lazim

1. Apakah STRIDE?

STRIDE merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Pertahanan yang berfungsi untuk memberi sokongan teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan.

2. Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh STRIDE?

Perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang disediakan oleh STRIDE adalah seperti berikut :
a) Menguruskan dan menjalankan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
b) Membantu membangun dan mengesahkan spesifikasi perolehan pertahanan.
c) Penilaian teknikal perolehan pertahanan.
d) Melaksanakan penyelidikan operasi dan memberi khidmat nasihat dalam pembangunan keupayaan pertahanan.
e) Menjalankan analisis kegagalan komponen, bahan dan peralatan.
f) Pengujian, pengukuran dan pemeriksaan makmal dan medan.
g) Perundingan teknikal.
h) Kalibrasi dan pengukuran jitu.

3. Adakah kementerian lain atau syarikat swasta boleh menggunakan perkhidmatan STRIDE?

Ya, semua kementerian/jabatan kerajaan boleh gunakan perkhidmatan STRIDE. Syarikat swasta juga boleh menggunakan perkhidmatan STRIDE tetapi akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan.

4. Spesifikasi peralatan bagaimanakah yang perlu dapatkan pengesahan dari STRIDE?

Semua spesifikasi perolehan Kementerian Pertahanan (kecuali item ICT dan perubatan) perlu dapatkan pengesahan dari STRIDE sebelum dihantar ke Bahagian Perolehan.

5. Bagaimana prosedur mendapatkan pengesahan spesifikasi dari STRIDE?

a) Hantar spesifikasi perolehan ke Cawangan Penyelidikan & Kajian Strategik, STRIDE.
b) Mesyuarat Penapisan & Pengesahan Spesifikasi akan diadakan kemudian bersama pengguna.

6. Berapa lama satu proses pengesahan spesifikasi akan diperolehi?

Biasanya mengambil masa selama 4 minggu untuk pengesahan satu spesifikasi.

7. Berapa lama tempoh sah laku satu spesifikasi?

Tempoh sah laku sesuatu spesifikasi berbeza mengikut jenis item seperti berikut :
a) Dua (2) TahunAll equipment / systems / materials related to :
i) Electronic Test Equipment
ii) Electronic Communication
iii) Electro-opticali
v) Electronic Surveillance and Electronic Warfare
vi) Navigation and electronic simulation systems
vii) Training simulation system (not wholly electronic or mechanical hardware)

b) Tiga (3) TahunAll equipment / systems / materials related to :
i) Small Arms and Ammunition
ii) Ordnance
iii) Weapons Platforms
iv) Personal Protection Armour
v) Personal Protection (excluding armour)
vi) Mechanical and small electro-mechanical

c) Lima (5) TahunAll equipment / systems / materials related to :
i) Land Vehicle
ii) Aerospace Vehicle and Supporting Systems
iii) Maritime Vehicle and Supporting Systems
iv) Textiles and clothing
v) Food and rationv
vi) Personal and consumer
vii) Petroleum, Oils and Lubricants
viii) General Chemicals

 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara di atas, hubungi talian 03-87324400 untuk disambungkan kepada pegawai yang berkaitan. Terima kasih.

 Selasa, 25  Julai 2017, 4:31:03 pm
Hari Ini507
Semalam584
Minggu Ini1590
Bulan Ini18254
Jumlah746822

Pengiktirafan dan Pensijilan:

Pengiktirafan

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Kompleks Induk STRIDE,
Taman Bukit Mewah Fasa 9,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 603-8732 4400
Faks: 603-8733 5979
Emel: info@stride.gov.my

fb   insta  twitter

qrcode stride