Khidmat Pengurusan

CAWANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  • Perkhidmatan: Melibatkan segala urusan pengesahan pelantikan, pengurusan gaji dan elaun, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen, pengurusan permohonan peperiksaan, pentadbiran sistem HRMIS, pengurusan pencen, pengurusan cuti, urusan pemangkuan, penanggungan kerja dan permohonan Latihan Industri dari IPTA.
  • Perjawatan: Melibatkan penyediaan dan pengemaskinian maklumat perjawatan, pengisian perjawatan, permohonan pertukaran, penyediaan kertas cadangan penstrukturan semula (re-org), permohonan pengambilan kerja khidmat singkat, permohonan perjawatan kontrak dan sebagainya.
  • Latihan: Merancang dan menganjurkan kursus/bengkel/seminar dan seumpamanya untuk disertai oleh pegawai dan kakitangan STRIDE, menyelaras permohonan kursus anjuran agensi-agensi lain serta urusetia bengkel/kursus dan mesyuarat yang berkaitan Pengurusan Sumber Manusia.
  • Pengurusan Tatatertib: Menyediakan Laporan Tatatertib untuk dipanjangkan kepada Lembaga Tatatertib Kementerian Pertahanan setelah mendapat laporan daripada bahagian-bahagian.

CAWANGAN KEWANGAN

Unit Akaun

  • Membuat pembayaran melalui sistem eSPKB bagi perolehan perkhidmatan, bekalan dan pembelian aset.
  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan Akaun Amanah STRIDE.
  • Mengurus pembayaran gaji pegawai/kakitangan tetap dan kontrak.
  • Menerima wang amanah dan hasil melalui sistem eTerimaan, menyediakan laporan penyesuaian di peringkat Jabatan mengikut program dan aktiviti.

Unit Belanjawan

  • Menyelaras permohonan Bajet Mengurus bagi jabatan.
  • Menyediakan laporan prestasi belanja mengurus.
  • Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan melalui sistem ePerolehan.

Unit Pembangunan dan Kontrak

  • Menyelaras peruntukan kewangan terhadap projek-projek pembangunan.
  • Menguruskan dokumen bayaran projek pembangunan.
  • Menguruskan sebut harga dan tender.
  • Menguruskan kontrak-kontrak perkhidmatan dan bekalan.

CAWANGAN PENTADBIRAN DAN PENYELENGGARAAN

Tadbir

Menguruskan:

  • Fail;
  • Kenderaan;
  • Keselamatan;
  • Khidmat Pelanggan;
  • Pakaian Seragam;
  • Kebersihan;
  • Pelan Kesinambungan Perkhidmatan;
  • Landskap;
  • Manual Prosedur Kerja;
  • Urusan Mesyuarat;
  • Pakai Habis;
  • Aset;
  • Cenderahati;
  • Stor; dan
  • Direktori.

Penyelenggaraan

  • Merancang dan menguruskan kerja-kerja senggaraan.
  • Mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan.
  • Menyelia dan mengawasi kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.
  • Menyelaras skop kerja atau spesifikasi kontrak dan membuat penilaian teknikal/sebut harga.

CAWANGAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN KUALITI

Pengurusan Maklumat

  • Membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan ICT yang mampan dan terkedepan untuk menyokong penyelidikan STRIDE.
  • Memperkasakan ICT untuk membangunkan warga STRIDE yang peka kepada teknologi maklumat.
  • Meningkat dan menginovasikan kemudahan ICT untuk menyokong aktiviti-aktiviti di STRIDE.
  • Menerapkan budaya ICT di kalangan warga STRIDE.
  • Meningkatkan kompetensi kakitangan CPMK.

Pengurusan Perpustakaan

  • Memperkaya dan memperkasa warga STRIDE melalui perkhidmatan perpustakaan yang relevan, mudah capai dan berkualiti tinggi serta memudahkan warga STRIDE mendapatkan bahan bacaan dan akses kepada maklumat tanpa sempadan.
  • Membangun prasarana perpustakaan yang lengkap, selesa, kondusif serta terkini bagi memenuhi keperluan warga STRIDE.

Pengurusan Kualiti

  • Peningkatan penarafan akreditasi makmal STRIDE.