Pusat Pengujian Tropika
  • Merancang, menjalankan dan mengurus serta menyelaras perkara-perkara berkaitan mewujud dan menyediakan fasiliti Pusat Pengujian Tropika (TTC).
  • Melaksanakan pengujian tropika ke atas peralatan, sistem, manusia atau aset pertahanan dan komersial dari dalam dan luar negara.
  • Memberi bantuan khidmat nasihat, teknikal dan kepakaran berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi akibat kesan persekitaran tropika terhadap peralatan, sistem, manusia atau aset pertahanan dan komersial kepada Angkatan Tentera Malaysia dan industri-industri komersial.
  • Menjalankan dan memantau perlaksanaan R&D berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi akibat kesan persekitaran tropika terhadap peralatan, sistem atau aset pertahanan dan komersial.
  • Menyediakan sumber-sumber saintifik dan teknologi serta menjadi  pusat rujukan profil material berkaitan dengan kesan persekitaran tropika terhadap peralatan, sistem atau aset pertahanan dan komersial.
  • Menyediakan perkhidmatan pangkalan data kaedah penyimpanan peralatan, sistem atau aset pertahanan dan komersial dalam persekitaran tropika.
  • Mempromosikan TTC sebagai Centre of Excellence dalam pengujian tropika yang pertama di rantau Asia.
  • Melaksanakan penyelenggaraan prasarana dan peralatan makmal TTC.