Teknologi Jentera dan Aeroangkasa

CAWANGAN AERONAUTIKAL

  • Menjalankan penyelidikan rekabentuk dan prestasi pesawat.
  • Menjalankan penyelidikan sifat aerodinamik pesawat.
  • Menjalankan penyelidikan sistem propulsi pesawat.
  • Menjalankan penyelidikan sistem mekanikal pesawat.
  • Memberikan sokongan teknikal kepada ATM dari segi pembangunan dan pengesahan spesifikasi perolehan, ujian makmal dan penilaian teknikal perolehan, ujinilai dan siasatan kegagalan pesawat dan komponennya.
  • Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal di dalam bidang aeronautik kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan negara.

CAWANGAN TEKNOLOGI JENTERA DAN STRUKTUR

  • Menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan teknologi jentera dan struktur.
  • Memberi dan menyediakan kepakaran dan kemudahan makmal dalam bidang teknologi jentera dan struktur kepada ATM bagi memastikan komponen jentera dan platform beroperasi dan diselenggara dengan darjah keselamatan yang tinggi.
  • Menjalankan ujian dan siasatan keatas sifat mekanikal, kelesuan, kelakuan bahan dan pemeriksaan struktur mikro bahan terutamanya terhadap pesawat dan komponen kenderaan.
  • Membangunkan keupayaan dan kelengkapan dalam bidang simulasi berkomputer melibatkan analisa tegasan.
  • Menyediakan kepakaran dan kelengkapan bagi mengesan kerosakan komponen dan kemerosotan sifat bahan.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal kepada syarikat industri pertahanan.

CAWANGAN TEKNOLOGI BAHAN

  • Menjalankan kajian penyelidikan berkaitan teknologi bahan untuk digunakan dalam meningkatkan dan mengekalkan keupayaan ATM.
  • Menjalankan pengujian makmal untuk kawalan mutu produk/bahan petroleum yang digunapakai oleh kenderaan udara dan darat ATM bagi memastikan produk tersebut mematuhi spesifikasi pertahanan.
  • Menjalankan kajian dan analisis kemerosotan atau degradasi, sifat dan rawatan bahan bagi jangka hayat bahan untuk memastikan keselamatan dan kecekapan aset dalam perkhidmatan ATM.
  • Menjalankan siasatan kegagalan bahan terhadap sesuatu sistem atau peralatan yang digunakan dalam perkhidmatan ATM.
  • Menyediakan sokongan teknikal kepada ATM dari segi pembangunan dan pengesahan spesifikasi perolehan, ujian makmal dan penilaian teknikal perolehan, ujinilai peralatan ketenteraan dan siasatan kegagalan peralatan.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan negara.

CAWANGAN TEKNOLOGI KENDERAAN

  • Menjalankan projek-projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkaitan dengan kenderaan darat ATM.
  • Menyediakan sokongan teknikal kepada ATM dari segi pembangunan dan pengesahan spesifikasi perolehan  dan penilaian teknikal perolehan kenderaan darat serta peralatan mekanikal.
  • Melaksanakan PDI, ujinilai, FAT kenderaan darat dan peralatan mekanikal milik ATM.
  • Menjalankan pengukuran dan analisa bagi hingar dan getaran yang berkaitan dengan kenderaan dan peralatan mekanikal.
  • Membangunkan keupayaan dan kelengkapan dalam pengujian kenderaan berteknologi tinggi.
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran teknikal kepada syarikat industri dan keselamatan negara.

CAWANGAN KEJURUTERAAN

  • Menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan prinsip kejuruteraan.
  • Merekabentuk sistem berdasarkan kepada permintaan dari bahagian-bahagian di STRIDE yang menggabungkan prinsip-prinsip kejuruteraan seperti mekanikal, elektronik dan kawalan.
  • Menjalankan aktiviti lukisan teknikal, rekabentuk jig, komponen atau alatan mekanikal menggunakan perisian CAD/CAM.
  • Menyediakan sokongan teknikal kepada ATM dari segi pembangunan dan pengesahan spesifikasi perolehan dan penilaian teknikal perolehan peralatan ketenteraan.
  • Menjalankan tugas fabrikasi dengan tumpuan kepada proses-proses turning, milling, cutting, grinding, drilling dan kimpalan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan mengikut spesifikasi pengguna.
  • Menjalankan proses pembuatan papan tanda.

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Kompleks Induk STRIDE,
Taman Bukit Mewah Fasa 9,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
google maps 2.971250, 101.810749

Tel : 603-8732 4400
Faks: 603-8733 5979
Emel: info[at]stride[dot]gov[dot]my
STRIDEMalaysia stridemindef STRIDEMINDEF youtube rss

Hari Ini : 97

Semalam : 112

Bulan Ini : 1619

Jumlah Pelawat : 965784

qrcode stride