Teknologi Maritim

CAWANGAN BAHAN MARITIM

  • Menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi (RD&I), penyiasatan kegagalan dan memberikan khidmat nasihat kepada ATM.
  • Menjalankan kajian degradasi bahan dan kaedah  penyelesaian/perlindungan bahan atau struktur.
  • Menjalankan penyelidikan teknologi bahan dan salutan  melalui pengujian tribologi.
  • Melaksanakan ujian bahan merangkumi pemeriksaan dan analisis bahan secara makro dan mikrografi.
  • Melaksanakan ujian perincian bahan - kekerasan, kadar kakisan, komposisi bahan, pemeriksaan secara topografi, morfologi dan sifat permukaan bahan.
  • Pemeriksaan kualiti udara - Indoor Air Quality (IAQ), Confined Space Environment.

CAWANGAN PEMANTAUAN PLATFORM MARITIM

  • Menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi (RD&I) dalam bidang getaran dan hingar kepada ATM.
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal kepada ATM dan agensi yang memerlukan.
  • Melaksanakan perkhidmatan pengujian getaran ke atas sistem propulsi kapal,  mesin auksiliari  kepada pihak TLDM dan agensi yang berkaitan.
  • Melaksanakan perkhidmatan pengujian integriti struktur kapal-kapal TLDM dan agensi-agensi yang berkaitan.
  • Melaksanakan perkhidmatan pengujian hingar pada ruangan-ruangan kapal-kapal TLDM dan agensi-agensi yang berkaitan.
  • Menjalinkan kerjasama dengan industri pertahanan.
  • Mengenalpasti keperluan pihak TLDM dan mengadaptasi kepada teknologi terkini.

CAWANGAN TEKNOLOGI BAWAH PERMUKAAN

  • Menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi (RD&I) dalam bidang robotik maritim dan akustik bawah permukaan.
  • Memberikan khidmat nasihat kepada ATM dan agensi yang memerlukan.
  • Melaksanakan perkhidmatan pengujian akustik bawah permukaan ke atas kapal-kapal TLDM dan agensi berkaitan.
  • Melaksanakan pengukuran dan analisis akustik bawah permukaan ke atas kapal-kapal TLDM dan agensi yang berkaitan.
  • Menjalinkan kerjasama dengan industri pertahanan dalam bidang teknologi bawah permukaan.
  • Mengenalpasti keperluan pihak TLDM dan mengadaptasi kepada teknologi terkini.

CAWANGAN SOKONGAN MARITIM

  • Melaksanakan perkhidmatan Ujian Tanpa Musnah (NDT) kepada pihak TLDM dan lain-lain agensi yang berkaitan.
  • Melaksanakan pengujian POL ke atas sampel-sampel minyak daripada pihak TLDM dan lain-lain agensi yang berkaitan.
  • Memberikan khidmat nasihat dalam hal-hal yang berkaitan keselamatan penggunaan sinaran radiasi kepada pihak TLDM dan lain-lain agensi berkaitan.
  • Menjalinkan kerjasama dengan industri pertahanan dalam bidang NDT dan POL serta perkhidmatan teknikal yang memerlukan kepakaran berkaitan.
  • Mengenalpasti keperluan pihak TLDM dan mengadaptasi kepada teknologi terkini dalam industri NDT dan POL untuk memantapkan kualiti dan produktiviti cawangan.

CAWANGAN PEMANTAUAN ELEKTROMAGNETIK

  • Menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi (RD&I) dalam bidang radiasi dan refleksi elektromagnetik daripada kapal dan peralatan di dalamnya.
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal kepada TLDM di dalam hal-hal yang berhubung dengan elektromagnetik kapal.
  • Melaksanakan pengukuran dan pengujian ke atas kapal dan peralatan serta sistem-sistem yang digunakan di dalamnya.
  • Mengenalpasti keperluan TLDM dan mengadaptasi teknologi terkini di dalam memberikan penyelesaian kepada TLDM.
  • Menjalinkan kerjasama dengan  agensi-agensi kerajaan serta industri pertahanan dan menawarkan kepakaran teknikal di dalam bidang elektromagnetik kapal kepada pihak yang memerlukan.

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Kompleks Induk STRIDE,
Taman Bukit Mewah Fasa 9,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
google maps 2.971250, 101.810749

Tel : 603-8732 4400
Faks: 603-8733 5979
Emel: info[at]stride[dot]gov[dot]my
STRIDEMalaysia stridemindef STRIDEMINDEF youtube rss

Hari Ini : 97

Semalam : 112

Bulan Ini : 1619

Jumlah Pelawat : 965784

qrcode stride