CAWANGAN BIOSURVEILAN DAN PERTAHANAN BIOLOGI
- Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan Pertahanan Biologi merangkumi bidang mikrobiologi, biologi molekular dan mikologi.
- Menyumbang kepakaran dalam kerja-kerja penilaian, ujinilai, penyiasatan, pembangunan spesifikasi dan bantuan teknikal berkaitan teknologi dan analisis biologi.
- Terlibat dalam bidang biokeselamatan, biosekuriti dan pengurusan risiko biologi (biorisk management).
- Menjalankan penyelidikan dan pengujian tropika serta khidmat kepakaran dalam bidang mikologi.
- Menjana sumber kewangan tabung amanah berdasarkan pengujian berkaitan Pertahanan Biologi.
CAWANGAN PEMAKANAN DAN RANGSUM
- Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan bidang Pemakanan dan Rangsum.
- Menyumbang kepakaran dalam kerja-kerja penilaian, ujinilai, penyiasatan, pembangunan spesifikasi dan bantuan teknikal berkaitan bidang Pemakanan dan Rangsum.
- Menjalankan penyelidikan dan pengujian tropika serta khidmat kepakaran ke atas makanan dan rangsum.
- Menjana sumber kewangan tabung amanah berdasarkan pengujian berkaitan makanan dan rangsum.
CAWANGAN ANALISIS DAN TEKNOLOGI TEKSTIL
- Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan bidang tekstil.
- Menyumbang khidmat kepakaran dalam kerja-kerja penilaian teknikal, ujinilai, penyiasatan, pembangunan spesifikasi dan bantuan teknikal berkaitan bidang tekstil.
- Menjalankan penyelidikan dan pengujian tropika serta khidmat kepakaran ke atas produk tekstil.
- Menjana sumber kewangan tabung amanah berdasarkan pengujian berkaitan bidang tekstil.
CAWANGAN PERALATAN PERSONEL
- Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan bidang peralatan perlindungan dan keselesaan personel.
- Menyumbang kepakaran dalam kerja-kerja penilaian teknikal, ujinilai, penyiasatan, pembangunan spesifikasi dan bantuan teknikal berkaitan bidang perlindungan personel.
- Menjalankan penyelidikan dan pengujian tropika serta khidmat kepakaran ke atas peralatan berkaitan perlindungan personel.
- Menjana sumber kewangan tabung amanah berdasarkan pengujian berkaitan bidang perlindungan personel.
CAWANGAN KONVENSYEN SENJATA KIMIA
- Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta khidmat nasihat kepakaran berkait dengan Pertahanan Kimia.
- Melaksanakan kerja penyiasatan, deklarasi, pencirian dan pengujian ke atas sampel bahan kimia toksik Berjadual 1 berdasarkan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005.
- Memberikan khidmat rundingan, nasihat dan kepakaran teknikal berkaitan dengan kerja-kerja penilaian, ujinilai, penyiasatan, pembangunan spesifikasi berkaitan Pertahanan Kimia.