Perutusan Ketua Pengarah

 

kp stride

Selamat Datang ke Laman Portal Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Syukur ke hadrat Illahi kerana Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Pertahanan (MinDef) telah berjaya menghasilkan laman portal sendiri. Laman portal ini menjadi satu medium utama untuk penyampaian maklumat dalam menjayakan program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh STRIDE. Melalui laman portal ini, pelbagai maklumat boleh diperolehi dengan mudah dan cepat.

 

Saya berharap agar laman portal STRIDE ini dapat memberikan manfaat serta memahami teras perkhidmatan STRIDE yang menjadi peneraju penyelidikan dan pembangunan dalam domain pertahanan dan keselamatan negara. Sejajar dengan komitmen STRIDE sebagai Pusat Kecemerlangan (COE) Pertahanan, kami berusaha gigih untuk memastikan maklumat di laman portal ini adalah sentiasa tepat dan terkini.

 

Semoga Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) akan menjadi pemacu utama dalam menerajui transformasi teknologi pertahanan negara menjelang 2020.

 

Sekian.

 

DR. MOHMAD ASRI BIN ABD GHANI
Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Kementerian Pertahanan
 

 

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Kompleks Induk STRIDE,
Taman Bukit Mewah Fasa 9,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
google maps 2.971250, 101.810749

Tel : 603-8732 4400
Faks: 603-8733 5979
Emel: info[at]stride[dot]gov[dot]my
STRIDEMalaysia stridemindef STRIDEMINDEF youtube rss

Hari Ini : 51

Semalam : 90

Bulan Ini : 2102

Jumlah Pelawat : 960050

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

qrcode stride