Berita STRIDE

Kajang, 25 Jun 2019 - Seramai 78 orang peserta lawatan yang terdiri daripada Ketua Delegasi, Juruarah dan Penuntut Universitas Pertahanan Republik Indonesia telah mengadakan lawatan kerja ke STRIDE. Taklimat organisasi telah disampaikan oleh Pn Siti Hajar binti Zulkifli, Pengarah Bahagian Teknologi Perlindungan dan Biofizikal. Peserta lawatan kemudiannya di bawa ke Galeri TTC.

1 2 10 3 4 5 6 7 8 9 

Kajang, 19 Jun 2019 - Seramai 5 orang pegawai dan 3 orang anggota LLP dari Tim Projek Artileri Markas Tentera Darat telah mengadakan lawatan kerja ke STRIDE. Taklimat organisasi disampaikan oleh En Wan Mustafa bin Wan Hanafi, Pengarah Bahagian Teknologi Instrumentasi dan Elektronik dan kemudian lawatan ke Galeri TTC, Makmal di Bahagian Teknologi Instrumentasi dan Elektronik, Bahagian Teknologi Jentera & Aeroangkasa dan Bahagian Teknologi Perlindungan & Biofizikal.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

27 Mei 2019 - Majlis Perasmian Program Bazar Raya STRIDE 2019, disempurnakan oleh Pn Marina binti Said, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil STRIDE. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah STRIDE, Dr Mohmad Asri bin Abd Ghani dan ahli MPT STRIDE.

7 2 3 4 5 6    9 101 8

23 Mei 2019 - Ketua Pengarah STRIDE dan turut serta Pengurusan Tertinggi STRIDE telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Warga BTP di Restoran Anjung D Tasek Biru, Kundang.

1 2 3 4

Kajang, 17 Mei 2019 - Ketua Setiausaha, YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah melakukan lawatan turun padang ke STRIDE di Kompleks Induk STRIDE, Kajang, Selangor hari ini. Lawatan beliau dimulakan dengan mendengar taklimat organisasi daripada Ketua Pengarah STRIDE, Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani. Beliau kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Tropical Testing Centre sebelum meninjau beberapa makmal termasuk Makmal Perlindungan dan Biofizikal, Makmal Jentera dan Aeroangkasa, Mock Bio Crime Scene, Makmal Kotak Hitam serta Makmal Instrumentasi dan Elektronik. Kemuncak kepada lawatan beliau ialah bertahlil dan berbuka puasa bersama warga STRIDE. Pada majlis ini, beliau turut menyampaikan amanat dan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12