Rujukan Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital.

 

Apakah Objektif Data Terbuka?

Objektif pelaksanaan data terbuka sektor awam adalah seperti yang berikut:

  • Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
  • Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
  • Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
  • Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
  • Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.

 

Portal Data Terbuka Sektor Awam adalah one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian yang diuruskan oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

 

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) adalah antara agensi Kerajaan daripada Kementerian Pertahanan yang turut berkongsi dataset penyelidikan, pembangunan dan pengujian di dalam portal ini.

 

Portal Rujukan Data Terbuka boleh dicapai melalui http://www.data.gov.my/