Pengkomersialan

Aerostat and Airship Based Surveillance System

  • Aerostat adalah untuk pemantauan dan pengawasan dari udara yang dilengkapi dengan kamera dan peralatan radio. Kegunaan sistem ini sesuai untuk pengawasan maritim serta sempadan, keselamatan dalam negeri, risikan, komunikasi, penghantaran data, fotografi dari udara dan pengiklanan.
  • Memorandum of Agreement (MOA) telah ditandatangani dengan Alaf Strategi Sdn. Bhd. pada 18 Mei 2017.
  • Pelancaran produk pada 18 Mei 2017 oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan.

  aerostat 1 aerostat 2 aerostat 3


Soft Body Armor Vest

  • Perlindungan Trauma Ergonomik merupakan ves kalis peluru yang tahan lasak dan direka supaya mudah diubahsuai, rompi balistik ENTRAP™ memberikan liputan perlindungan optimum disamping memberi kebebasan bergerak yang maksimum, mudah dipakai dan memberi kombinasi padanan, rupa dan fungsi yang terbaik.
  • Memorandum of Agreement (MOA) telah ditandatangani dengan Entruss Ventures Sdn. Bhd. pada 18 Mei 2017.
  • Pelancaran produk pada 18 Mei 2017 oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan.

armor 1 armor 2 armor 3


 Water Hydration Backpack

  • Gabungan beg galas dan beg penghidratan yang mempunyai sistem penapisan air beraliran graviti dengan kapasiti maksima 3L, ruang penyimpanan tambahan dan sesuai dijadikan sebagai anduh (sokongan lengan). Ia digunakan sebagai bekalan air minuman semasa operasi.
  • Memorandum of Agreement (MOA) telah ditandatangani dengan Saffur Tex Resources Sdn. Bhd. pada 18 Mei 2017.
  • Pelancaran produk pada 18 Mei 2017 oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan.

hydrabackpack 1 hydrabackpack 2 hydrabackpack 3


Meat Bars

  • Produk makanan yang berasaskan daging dan ayam diperap sos yang sedia untuk dimakan dengan menggunakan teknologi retort. Meat Bars memberikan rasa sebenar hidangan tradisional dengan tiga (3) perasa; sate, lada hitam dan percik madu. Produk boleh dimakan tanpa perlu dimasak atau dipanaskan.
  • Memorandum of Agreement (MOA) telah ditandatangani dengan Famille Lab Plt. pada 18 Mei 2017.
  • Pelancaran produk pada 18 Mei 2017 oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan.

meatbars 1 meatbars 2 meatbars 3


 Unmanned Surface Vessel

  • Unmanned Surface Vessel (USV) adalah kenderaan yang beroperasi di permukaan air tanpa pemandu dan digunakan untuk aplikasi maritim seperti pengumpulan data saintifik, oseanografi dan keselamatan maritim operasi ketenteraan.
  • Pelancaran produk pada 18 Mei 2017 oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan.

usv 1usv 2usv 3