Perpustakaan

Pengenalan

 perpustakaan 7 perpustakaan 2 perpustakaan 4

Perpustakaan STRIDE memainkan peranan penting di dalam menyediakan kemudahan bagi menyokong dan membantu penggunanya dalam proses kajian, penyelidikan dan pembelajaran.

Perpustakaan STRIDE yang terletak di Blok A bangunan STRIDE, berupaya menampung 80 orang pengguna pada satu masa. Perpustakaan STRIDE telah memulakan operasi kepada warganya dengan penubuhan institusi ini yang juga merupakan pusat informasi yang terpenting sama ada kepada penyelidik mahupun warga di STRIDE. Para penyelidik dan juga warga STRIDE boleh mengakses sumber-sumber dari perpustakaan ini secara percuma selain perkhidmatan peminjaman bahan rujukan. Di samping itu, bilik perbincangan, bilik multimedia serta perkhidmatan komputer berinternet yang dilengkapi sistem OPAC (on-line public access cataloguing) turut disediakan bagi kemudahan penyelidik.

Perpustakaan STRIDE menyediakan lebih 6,000 volum koleksi bahan rujukan pelbagai bidang berkaitan di antaranya Sains dan Teknologi, Ekonomi, Perundangan, Mekanikal dan Agama. Selain itu, Perpustakaan STRIDE telah melanggan pelbagai judul majalah dan jurnal di samping langganan kepada akhbar tempatan. Perpustakaan STRIDE juga telah mendaftar sebagai ahli Sistem Peminjaman Antara Perpustakaan (SPP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia selaku Penyelaras di peringkat Kebangsaan selain menyediakan kemudahan akses pada jurnal pnmdigital.


Visi Perpustakaan

Membangun koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.


Misi Perpustakaan

Berfungsi sebagai pemangkin ke arah proses kajian dan penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan peneraju Tranformasi dalam Teknologi Pertahanan Negara.


Dasar Kualiti Perpustakaan

Perpustakaan adalah komited untuk menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pertahanan.


Koleksi Perpustakaan

  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Sains dan Teknologi
  • Kejuruteraan Pesawat
  • Agama
  • Umum
  • Komputer

Jenis Bahan

  • Monograf
  • Terbitan Berkala/Bersiri
  • Laporan Tahunan Agensi Kerajaan
  • Suratkhabar
  • Majalah
  • Buletin Kementerian

 Jenis Koleksi

  • Koleksi Pinjaman
  • Koleksi Rujukan
  • Koleksi Bacaan Ringan
  • Koleksi Khas,Brosur,Laporan Tahunan Agensi Kerajaan
  • Pekeliling  Kerajaan/Perintah-Perintah Am
  • Akta-Akta Kerajaan

Perkhidmatan Perpustakaan

A. Perkhidmatan Sirkulasi

Pinjaman

Semua pengguna berdaftar adalah layak meminjam buku dan bahan lain yang disediakan perpustakaan.

Cara meminjam/Jumlah pinjaman

Peminjam perlu hadir ke Kaunter Perpustakaan bersama nombor kad pengenalan semasa urusan peminjaman. Jumlah pinjaman adalah seperti berikut:

Peminjam Jumlah Pinjaman Buku Tempoh Peminjaman  Pembaharuan
Penyelidik Pakar 5 buah 1 bulan 2 kali
Penyelidik 5 buah 1 bulan 2 kali
Warga STRIDE 5 buah 1 bulan 2 kali

*Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui telefon atau e-mel

 

B. Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat

Perkhidmatan ini membantu secara asas pengguna dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan perpustakaan di samping membantu mendapatkan maklumat yang diperlukan.

 

C. Perkhidmatan Kesedaran Semasa

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan pemberitahuan buku-buku baru melalui OPAC Perpustakaan.

 

D. Perkhidmatan Internet

Perkhidmatan internet disediakan di Tingkat 1 bangunan perpustakaan. Sebanyak satu (1) terminal disediakan untuk pengaksesan maklumat.

 

E. Sistem Pembekal Penerbitan

Sistem Pembekal Penerbitan (SPP) merupakan perkhidmatan antara perpustakaan yang disediakan kepada pengguna bagi mendapatkan bahan rujukan dari perpustakaan lain sekiranya bahan tersebut tidak ada di Perpustakaan STRIDE.

 

F. Pinjaman Berkelompok

Perpustakaan STRIDE telah berdaftar dengan PNM dan boleh membuat pinjaman buku sebanyak 400 judul pada satu-satu masa. Ia dapat membantu warga STRIDE mendapatkan bahan bacaan terkini.

 

G. Majalah/Laporan Tahunan

Terdapat majalah-majalah terkini serta laporan tahunan untuk rujukan warga STRIDE.

 

H. PNM Digital

Perpustakaan STRIDE telah berdaftar dengan PNM bagi tujuan penggunaan untuk mengakses Jurnal di dalam dan luar negara secara digital.

Rujukan Kanak-Kanak dan Remaja
Umum e-Majalah dan e-Suratkhabar e-Buku e-Jurnal
Pangkalan data World Almanac Kids, Rosen Digital, National Geographic Kids, Score A Programme World Almanac Online, Travel 42, Mango Language, Digital Literacy, Alexander Street Press, Financial Literacy Bernama Library and Infolink Services (BLIS), Zinio, National Geographic Virtual Library, Library Press Display, NSTP – E Media Ebrary, World eBook Library, Overdrive, PNM E-Lib, Ebscohost eBook, IG Library, Mason Crest, ME Book, Alkem Digital Library Emerald Management e-Journal 175 + Engineering and Emerald Backfiles Archives, Ebscohost Premier Public Library Packages, Islamic Finance News, British Medical Journal, Lawnet, E-Law, Business Monitor Online

Kemudahan Perpustakaan

A. Ruang Bacaan Terbuka

Ruang bacaan terbuka disediakan di Tingkat 1 bangunan perpustakaan dan dapat menampung 80 orang pengguna dalam satu masa.

 perpustakaan 3

B. Ruang Tayangan Multimedia

Terdapat satu (1) ruang tayangan yang disediakan untuk kegunaan warga STRIDE seperti tayangan video korporat, dokumentari dan sebagainya.

 perpustakaan 5

C. Ruang Santai/Sofa

Terdapat satu (1) ruang santai bertujuan untuk pengguna membaca sambil bersantai di mana mempunyai kerusi set sofa bagi kegunaan warga STRIDE.

 perpustakaan 1

D. Komputer/Desktop

Sebuah komputer berinternet telah disediakan di Tingkat 1 bangunan perpustakaan bagi tujuan pencarian maklumat dalam talian (OPAC).


Kakitangan Perpustakaan

Nama : Rozita binti Md Salleh

Jawatan : Ketua Unit Perpustakaan STRIDE

Telefon : 603-8732 4558

E-mel : rozita[dot]salleh[at]stride[dot]gov[dot]my

 

Nama : Abdul Ahad bin Md Burhanudeen

Jawatan : Penolong Pustakawan

Telefon : 603-8732 4592

E-mel : ahad[dot]borhanudeen[at]stride[dot]gov[dot]my

 

Nama : Faridah binti Ismail

Jawatan : Pembantu Pustakawan

Telefon : 603-8732 4626

E-mel : faridah[dot]ismail[at]stride[dot]gov[dot]my


Waktu Operasi

Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 4.30 petang

Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 tengah hari | 2.45 petang - 4.30 petang

Sabtu dan Ahad : Tutup