Piagam Pelanggan
  • Permohonan penyelidikan, penyiasatan dan kajian berkaitan teknologi pertahanan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh terima permohonan lengkap.

 

  •  Menyelesaikan pengujian dan mengeluarkan laporan dalam tempoh tidak melebihi:
    1. Satu (1) bulan dari tarikh terima permohonan lengkap untuk item bukan tender perolehan.
    2. Tiga (3) bulan dari tarikh terima permohonan lengkap untuk item tender perolehan.

 

  • Pengesahan Spesifikasi Perolehan Pertahanan:
    1. Melaksanakan pengesahan Spesifikasi Perolehan Pertahanan dalam tempoh tidak melebihi dua (2) bulan dari tarikh permohonan untuk spesifikasi yang lengkap.
    2. Mengeluarkan Sijil Spesifikasi Perolehan Pertahanan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.