Teknologi Maritim

AUTONOMI MARITIM

  • Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan(RD& I) serta memberi perkhidmatan sokongan teknikal untuk sektor pertahanan dan keselamatan negara serta industri pertahanan dalam bidang autonomi maritim.
  • Melaksanakan penyelidikan dan pengujian getaran ke atas Sistem propulsi, auxilliary dan struktur kapal-kapal TLDM.
  • Melaksanakan pengujian hingar di dalam ruang-ruang kapal TLDM.
  • Membangunkan pangkalan data Condition Based Monitoring kapal-kapal TLDM mengenai getaran dan hingar.
  • Melaksana kajian pencirian akustik bahan-bahan komposit.
  • Melaksanakan penilaian dan pengujian getaran & hingar semasa FAT,SAT dan HAT ke atas komponen-komponen kapal dan bot.
  • Melaksanakan penilaian dan pengujian keselamatan dan kesan bahaya sinaran mengion/radiasi (perlindungan sinaran).

TEKNOLOGI KAPAL PERMUKAAN

  • Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (RD& I) serta memberi perkhidmatan sokongan teknikal untuk sektor pertahanan dan keselamatan negara serta industri pertahanan dalam bidang teknologi kapal permukaan.
  • Menjalankan pengujian dan kajian tribologi melalui analisis partikel/serpihan haus dan prestasi pelinciran.
  • Melaksanakan ujian dan kajian forensik kegagalan komponen dan struktur kapal di persekitaran marin tropika.
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan hidroakustik signature melalui pengoptimuman rekabentuk propellar.
  • Menjalankan kajian kesan kavitasi terhadap sistem propulsi kapal.
  • Menjalankan kajian rekabentuk kapal melalui simulasi permodelan.kapal.
  • Menjalankan ujian hidrodinamik kapal bagi kajian stabiliti, geseran.

TEKNOLOGI SISTEM ARMADA

  • Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (RD & I) serta memberi perkhidmatan sokongan teknikal dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara serta industri pertahanan dalam bidang teknologi sistem naval (armada).
  • Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan serta simulasi dan pemodelan berkaitan teknologi platfrom tanpa pemandu.
  • Melaksanakan pengujian serta pengurusan ke atas sistem peperangan kapal.
  • Melaksanakan penilaian dan pengujian ke atas sistem persenjataan kapal.
  • Melaksanakan penilaian dan pengujian bagi kegagalan sub-sistem kapal.
  • Melaksanakan pengujian dalam bidang sistem pendorong informasi, komunikasi dan navigasi kapal.
  • Melaksanakan pengujian dan penilaian bagi konfigurasi sistem maklumat kapal

TEKNOLOGI BAWAH AIR

  • Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (RD & I) serta memberi perkhidmatan sokongan teknikal untuk sektor pertahanan dan keselamatan negara serta industri pertahanan dalam bidang teknologi bawah permukaan.
  • Melaksanakan penyelidikan, pengujian dan pengukuran serta analisa data berkaitan dengan signature akustik bawah permukaan (underwater acoustic signature).
  • Melaksanakan penyelidikan dan pengujian serta analisa pengimejan dan pemetaan bawah permukaan serta teknologi berkaitan sonar.
  • Melaksanakan penyelidikan dan pengujian berkaitan teknologi komunikasi bawah permukaan.
  • Melaksanakan penyelidikan dalam bidang batimetri dan oseanografi.
  • Melaksanakan penyelidikan dan pengujian berkaitan pencirian profil kelajuan bunyi bawah permukaan.
  • Melaksanakan pengukuran, pengujian, R&D dan kalibrasi penderia bawah permukaan.

TEKNOLOGI KAPAL SELAM

  • Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (RD & I) serta memberi perkhidmatan sokongan teknikal untuk sektor pertahanan dan keselamatan negara serta industri pertahanan dalam bidang teknologi kapal selam.
  • Melaksanakan penyelidikan dan pengujian berkaitan dengan teknologi kawalan persekitaran udara di dalam ruang yang tertutup.
  • Melaksanakan pengujian serta pengurusan ke atas kuasa bateri dan kapal selam.
  • Melaksanakan pengujian ke atas sistem pengudaraan dan penghawa dingin di dalam kapal selam.
  • Melaksanakan penyelidikan dan pengujian bagi mengawal serta mengatasi serangan kakisan dalam persekitaran tropika marin.
  • Melaksanakan pengujian dalam bidang sistem pendorong elektrik, komunikasi dan navigasi kapal selam.
  • Melaksanakan pengujian hingar dan kajian yang berkaitan bagi mengawal perambatan bunyi dalam kapal selam.