Berita STRIDE

Kajang, 17 Mei 2019 - Ketua Setiausaha, YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah melakukan lawatan turun padang ke STRIDE di Kompleks Induk STRIDE, Kajang, Selangor hari ini. Lawatan beliau dimulakan dengan mendengar taklimat organisasi daripada Ketua Pengarah STRIDE, Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani. Beliau kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Tropical Testing Centre sebelum meninjau beberapa makmal termasuk Makmal Perlindungan dan Biofizikal, Makmal Jentera dan Aeroangkasa, Mock Bio Crime Scene, Makmal Kotak Hitam serta Makmal Instrumentasi dan Elektronik. Kemuncak kepada lawatan beliau ialah bertahlil dan berbuka puasa bersama warga STRIDE. Pada majlis ini, beliau turut menyampaikan amanat dan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12