Pengumuman

Pertandingan Video Kreatif u-Pustaka dengan slogan “Utamakan Pengetahuan, Ingatlah u-Pustaka” yang membawa mesej perkongsian pengalaman yang terindah dan terbaik perkhidmatan u-Pustaka atau berkongsi pengalaman semasa menggunakan perkhidmatan u-Pustaka. Pertandingan ini dibuka mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Januari 2019 dan boleh disertai oleh semua warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli u-Pustaka.

Objektif pertandingan ini adalah untuk:

  • Memupuk minat dan kreativiti dalam kalangan warganegara Malaysia bagi membantu mempromosi perkhidmatan u-Pustaka.
  • Mencetus keterujaan dalam kalangan warganegara Malaysia terhadap penggunaan u-Pustaka.
  • Menyalurkan maklumat kepada orang awam tentang perkhidmatan u-Pustaka dan kemudahan serta kebaikan yang bakal diperolehi daripada perkhidmatan tersebut.
  • Menyampaikan mesej kebaikan perkhidmatan u-Pustaka kepada orang awam melalui orang awam sendiri (from the people to the people).
  • Melihat perspektif orang awam tentang perkhidmatan yang diberikan.

Maklumat lengkap boleh diperolehi di www.u-pustaka.gov.my.

Borang Penyertaan Pertandingan Video Kreatif u-Pustaka boleh muat turun di sini.

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

Urusetia Pertandingan Video Kreatif u-Pustaka
Pusat Sumber
Institut Tadbiran Awam Negara
Kampus Utama Bukit Kiara
Kuala Lumpur

dan

Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan
Perpustakaan Negara Malaysia
Tel: 03-20847263/7265, HP : 016-9771062 atau 03-26871727, HP : 019-6974259
Faks : 03-20847491
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Poster VK upustaka latest edited