Rujukan Data Terbuka

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Atas Talian Bagi Tahun 2019

APLIKASI  BILANGAN TRANSAKSI
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS
e-Rakam 90  101 120   150  190  230 280  -  - -  - -
SisMaSS 25  35  50  80  110  130  160  170  175 178 180  

 Bilangan Transaksi Perkhidmatan Atas Talian Bagi Tahun 2018

APLIKASI  BILANGAN TRANSAKSI
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS
e-Rakam 56 56  59  64 67
70  75  81  90 95  101  106
SisMaSS 12 23 28  32 35
39  44  50  58 66 74  85

 Bilangan Transaksi Perkhidmatan Atas Talian Bagi Tahun 2017

APLIKASI  BILANGAN TRANSAKSI
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS
e-Rakam  162  166  161 162   157 152  156   155 151   156 161  125
SisMaSS 32 45 40 59 63 75 70 75 75 63 43 42

 Bilangan Transaksi Perkhidmatan Atas Talian Bagi Tahun 2016

APLIKASI  BILANGAN TRANSAKSI
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS
e-Rakam  201 205 215 220 224 230 231 234 240 242 243 245
SisMaSS 40 48 52 54 59 61 64 70 78 80 88 95

 Bilangan Transaksi Perkhidmatan Atas Talian Bagi Tahun 2015

APLIKASI  BILANGAN TRANSAKSI
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS
e-Rakam  161 153 157 169 169 180 177 169 165 170 172 180
SisMaSS 36 19 32 23 6 32 7 6 5 9 21 30

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Atas Talian Bagi Tahun 2014

APLIKASI  BILANGAN TRANSAKSI
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS
e-Rakam 41 52 54 53 55 53 57 54 54 55 53 59
SisMaSS 22 9 103 23 11 12 92 31 10 39 10 38

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital.

 

Apakah Objektif Data Terbuka?

Objektif pelaksanaan data terbuka sektor awam adalah seperti yang berikut:

  • Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
  • Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
  • Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
  • Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
  • Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.

 

Portal Data Terbuka Sektor Awam adalah one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian yang diuruskan oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

 

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) adalah antara agensi Kerajaan daripada Kementerian Pertahanan yang turut berkongsi dataset penyelidikan, pembangunan dan pengujian di dalam portal ini.

 

Portal Rujukan Data Terbuka boleh dicapai melalui http://www.data.gov.my/

Dasar Keselamatan (DKICT) MinDef mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT MinDef.

OBJEKTIF

DKICT MinDef diwujudkan untuk menjamin kesinambungan bisnes MinDef dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.

Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi MinDef. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi.

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) menggunakan Dasar Keselamatan (DKICT) MinDef yang terkini. Untuk penerangan lanjut, sila muat turun pdf di sini: