Penafian

Hak cipta STRIDE dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan STRIDE kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada STRIDE.

 1.   Apakah STRIDE?

STRIDE merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Pertahanan yang berfungsi untuk memberi sokongan teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan.

 

 2.   Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh STRIDE?

Perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang disediakan oleh STRIDE adalah seperti berikut:

  1. Menguruskan dan menjalankan Penyelidikan & Pembangunan (R&D).
  2. Membantu membangun dan mengesahkan spesifikasi perolehan pertahanan.
  3. Penilaian teknikal perolehan pertahanan.
  4. Melaksanakan penyelidikan operasi dan memberi khidmat nasihat dalam pembangunan keupayaan pertahanan.
  5. Menjalankan analisis kegagalan komponen, bahan dan peralatan.
  6. Pengujian, pengukuran dan pemeriksaan makmal dan medan.
  7. Perundingan teknikal.
  8. Kalibrasi dan pengukuran jitu.

 

3.   Adakah kementerian lain atau syarikat swasta boleh menggunakan perkhidmatan STRIDE?

Ya, semua kementerian/jabatan kerajaan boleh gunakan perkhidmatan STRIDE. Syarikat swasta juga boleh menggunakan perkhidmatan STRIDE tetapi akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan.

 

4.   Spesifikasi peralatan bagaimanakah yang perlu dapatkan pengesahan dari STRIDE?

Semua spesifikasi perolehan Kementerian Pertahanan (kecuali item ICT dan perubatan) perlu dapatkan pengesahan dari STRIDE sebelum dihantar ke Bahagian Perolehan.

 

5.   Bagaimana prosedur mendapatkan pengesahan spesifikasi dari STRIDE?

  1. Hantar spesifikasi perolehan ke Unit Penyelidikan, Inovasi dan Hala Tuju Strategik, STRIDE.
  2. Mesyuarat Pengesahan Spesifikasi akan diadakan kemudian bersama pengguna.

 

6.   Berapa lama satu proses pengesahan spesifikasi akan diperolehi?

Biasanya mengambil masa selama  lapan (8) minggu untuk pengesahan satu spesifikasi.

 

7.   Berapa lama tempoh sah laku satu spesifikasi?

Tempoh sah laku sesuatu spesifikasi berbeza mengikut jenis item seperti berikut:

    Dua (2) Tahun - Semua peralatan/sistem/bahan berkaitan dengan:
  1. Electronic Test Equipment
  2. Electronic Communication
  3. Electro-Optical
  4. Electronic Surveillance and Electronic Warfare
  5. Navigation and Electronic Simulation Systems
  6. Training Simulation System (not wholly electronic or mechanical hardware)

  

    Tiga (3) Tahun - Semua peralatan/sistem/bahan berkaitan dengan:
  1. Small Arms and Ammunition
  2. Ordnance
  3. Personal Protection Armour
  4. Weapons Platforms
  5. Personal Protection (excluding armour)
  6. Mechanical and Small Electro-Mechanical

  

    Lima (5) Tahun - Semua peralatan/sistem/bahan berkaitan dengan:
  1. Land Vehicle
  2. Aerospace Vehicle and Supporting Systems
  3. Maritime Vehicle and Supporting Systems
  4. Textiles and Clothing
  5. Food and Ration
  6. Personal and Consumer
  7. Petroleum, Oils and Lubricants
  8. General Chemicals

 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara di atas, hubungi talian 603-8732 4400 untuk disambungkan kepada pegawai yang berkaitan.

Terima kasih.

Manual SisMaSS (Versi Penyelaras)

Tarikh kemaskini : 13 November 2013

 

Manual SisMaSS (Versi Sekretariat)

Tarikh kemaskini : 12 November 2013

qrcode stride

Cara untuk menggunakan Kod QR:

  • Gunakan telefon pintar/tablet/gajet anda.
  • Sila pastikan aplikasi imbasan QR (apps) telah dipasang pada telefon pintar/tablet/gajet anda.
  • Buka aplikasi QR scanner dan imbas kod QR tersebut.
  • Aplikasi akan mengenalpasti kod QR tersebut dan buka browser untuk menggunakan web

Penafian

Kerajaan Malaysia dan STRIDE adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

BAHASA LAIN

Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar adalah tidak dapat dielakkan. STRIDE tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut.

Untuk mendapatkan kandungan yang  tepat, sila rujuk kepada paparan Bahasa Melayu.