R&D
rekabentuk emcProjek ini di dalam proses perolehan untuk membangunkan Fasiliti Kebuk EMC (Electromagnetic Compatibility) yang bersaiz 30m(p) x 20m(l) x 10m(t) yang bakal menjadi Kebuk EMC yang terbesar di Asia Tenggara.

Antara pengujian yang dilaksanakan adalah Pengujian Kenderaan Tentera, Pengujian Kenderaan Komersial, Pengujian Komersial Produk dan Pengujian Radio Taktikal (HF, VHF dan UHF).

Jenis kenderaan yang boleh diuji adalah kenderaan berperisai tentera AV8, kereta kebal, kenderaan komersial seperti bas dan lain-lain lagi. Pengujian ini adalah mengikut standard MIL- STD 461E/F, ISO 11451 dan ISO 11452.