Pusat Degaussing STRIDE

SEKSYEN SISTEM DEGAUSSING

  • Merancang dan melaksanakan program atau projek R,D,I&C dalam bidang sistem degaussing.
  • Melaksanakan proses pelarasan sistem Degaussing (DG) dan keberkesanannya.
  • Membangunkan dan mengaplikasi kaedah-kaedah terkini sistem DG.
  • Melaksanakan penyiasatan, ujian medan & kajian kes terhadap kegagalan sistem DG kapal.
  • Menyediakan khidmat perundingan teknikal kepada proses perolehan dan reka bentuk teknologi peralatan dan sistem DG.
  • Menganalisa data-data pengukuran dan menyediakan, menyimpan laporan kajian.
  • Mewujudkan kolaborasi bersama rakan strategik dalam dan luar negara bagi menerima dan mengembangkan teknologi terkini dalam bidang degaussing.

SEKSYEN PENGUJIAN MAGNETIK

  • Menjalankan kerja-kerja pengukuran magnetik pada kapal permukaan dan kapal selam TLDM.
  • Menjalankan kerja-kerja rawatan magnetik pada kapal permukaan (degaussing), dan kapal selam (deperming).
  • Membangunkan dan mengaplikasi kaedah-kaedah terkini pengukuran dan rawatan magnetik.
  • Menjalankan kajian berkaitan kesan magnetostatik pada aset-aset ATM.
  • Menganalisa data-data pengukuran dan menyediakan laporan pengukuran dan kajian.
  • Memberi perundingan teknikal dengan menasihati TLDM dalam hal-hal yang berkaitan ancaman dari (magnetic signature).
  • Menyelenggara dan melaksanakan proses kalibrasi peralatan Magnetic Ranging Deperming Facility (MRDF) secara berkala.

SEKSYEN SIMULASI DAN PEMODELAN MAGNETIK

  • Merancang dan melaksanakan program atau projek R,D,I&C dalam bidang simulasi dan pengaruh sekunder magnetik pada aset-aset ATM dan TLDM.
  • Memberikan khidmat nasihat dan mengsyorkan penambahbaikan kepada sistem-sistem DG kapal TLDM.
  • Memberikan khidmat perundingan teknikal dan latihan teori dan amali dalam bidang magnetik dan degaussing.
  • Menjalankan kajian makmal untuk membangunkan kaedah-kaedah pengawalan dan pengurangan kesan magnetik pada persekitaran tropika.
  • Menasihati ATM dan sektor keselamatan negara dalam hal-hal yang berkaitan kepada aspek magnetik dan degaussing.
  • Melaksanakan tinjauan teknologi dan aplikasi terkini mengenai bidang magnetik.

URUS SETIA TADBIR

  • Memastikan tahap keselamatan dan persekitaran organisasi sentiasa terpelihara.
  • Menyediakan dan menyelaras keperluan belanjawan, proses tuntutan kewangan serta membekalkan keperluan logistik kebahagian lain di dalam organisasi.
  • Memastikan peredaran, pengagihan, rekod, simpanan perkara-perkara seperti surat, kawat, fail, laporan ujian dan rekod anggota sentiasa berada di dalam keadaan sistematik dan selamat.
  • Menyedia serta membekalkan keperluan logistik ke bahagian-bahagian lain di dalam organisasi meliputi keperluan inventori dan kenderaan pejabat.
  • Menyelaras keperluan senggaraan dan tentukuran (calibration) alat kelengkapan bahagian-bahagian lain di dalam organisasi.
  • Mengurus dan mengkoordinasi hal-hal berkaitan sumber manusia.