Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
Portal Rasmi
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Di STRIDE
Kebuk EMC
Projek ini di dalam proses perolehan untuk membangunkan Fasiliti Kebuk EMC (Electromagnetic Compatibility) yang bersaiz 30m(p) x 20m(l) x 10m(t) yang bakal menjadi Kebuk EMC yang terbesar di Asia Tenggara.
Antara pengujian yang dilaksanakan adalah Pengujian Kenderaan Tentera, Pengujian Kenderaan Komersial, Pengujian Komersial Produk dan Pengujian Radio Taktikal (HF, VHF dan UHF).
Jenis kenderaan yang boleh diuji adalah kenderaan berperisai tentera AV8, kereta kebal, kenderaan komersial seperti bas dan lain-lain lagi. Pengujian ini adalah mengikut standard MIL- STD 461E/F, ISO 11451 dan ISO 11452.
Pusat Pengujian Tropika (TTC)
Matlamat
Membangunkan Pusat Pengujian Tropika (TTC) yang pertama di Asia Tenggara sebagai Centre of Excellence (CoE)
Objektif
Mewujudkan Fasiliti Pengujian Tropika.
Melaksanakan khidmat pengujian tropika ke atas peralatan dan aset pertahanan serta komersial.
Menjadi pusat rujukan profil material bagi sektor pertahanan, keselamatan dan komersial.
Menyediakan perkhidmatan pangkalan data bagi kaedah penyimpanan aset dan peralatan untuk sektor pertahanan, keselamatan serta industri komersial.
Pelaksanaan Mengikut Kluster
Kluster Vehicle Mobility
Pengujian ke atas tiga (3) platform kenderaan iaitu darat, udara dan laut.
Kluster Weapons & Munitions
Pengujian ke atas sistem persenjataan.
Kluster Human Performance
Pengujian mobiliti, keupayaan fizikal dan mental anggota tentera.
Kluster Equipment & System
Pengujian ke atas peralatan dan sistem elektronik.
Kluster Vehicle Mobility
Pengujian ke atas tiga (3) platform kenderaan iaitu darat, udara dan laut.
Kluster Weapons & Munitions
Pengujian ke atas sistem persenjataan.
Kluster Human Performance
Pengujian mobiliti, keupayaan fizikal dan mental anggota tentera.
Kluster Equipment & System
Pengujian ke atas peralatan dan sistem elektronik.