Ammunition Quality Test
Pengujian untuk menentukan kualiti sesuatu peluru baru dengan merujuk kepada piawaian antarabangsa seperti NATO Std. / MIL Std. / C.I.P Std. Pengujian ini penting dalam memastikan peluru dalam perkhidmatan sentiasa memenuhi spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan.
Ammunition Surveillance Test
Pengujian untuk menentukan kualiti sesuatu peluru dalam simpanan/stok dengan merujuk kepada piawaian antarabangsa
seperti NATO Std. / MIL Std. / C.I.P Std.
Function & Casualty Test
Pengujian untuk menentukan kualiti sesuatu peluru baru atau dalam simpanan/stok dengan merujuk kepada piawaian
antarabangsa seperti NATO Std. / MIL Std. / C.I.P Std. Pengujian ini penting dalam memastikan peluru dalam perkhidmatan sentiasa memenuhi spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan.
Impact Sensitivity Test
Pengujian makmal untuk menilai sejauh mana bahan berenergetik (contohnya bahan letupan atau propelan) mudah bertindak balas apabila dikenakan hentakan. Tujuan adalah untuk menentukan tahap keselamatan bahan berenegetik ini semasa pengendalian, penympanan dan pengangkutan. Pengujian adalah merujuk kepada piawaian UN Recommendations on the Transport of Dangerous Goods – Manual of Tests and Criteria.
Accelerated Aging Test
Pengujian simulasi untuk mempercepatkan proses penuaan sesuatu produk dengan pendedahan kepada persekitaran yang ditetapkan. Pengujian ini adalah merujuk kepada MIL Std. 810G.
Cyclic Corrosion Test
Pengujian Salt Spray untuk menilai ketahanan bahan atau salutan terhadap persekitaran masin. Pengujian ini adalah
dengan merujuk kepada piawaian ASTM B117.
Ballistic Resistance Test of Personal Body Armour
Ujian tembakan ke atas peralatan perlindungan seperti baju kalis peluru dan helmet untuk memastikan tahap
perlindungan daripada ancaman peluru mengikut piawaian antarabangsa seperti National Institute of Justice (NIJ) dan NATO. Dalam ujian ini, sampel ditembak dengan jenis peluru yang ditetapkan pada kelajuan tertentu untuk melihat tahap penembusan peluru (partial penetration/complete penetration) trauma yang terhasil.
Ballistic Resistance Test of Protective Materials
Ujian tembakan ke atas sampel bahan perlindungan cermin keselamatan berlamina, panel komposit, pintu atau panel
keluli, dinding konkrit, dan panel kenderaan untuk memastikan tahap perlindungan daripada ancaman peluru mengikut
piawaian antarabangsa seperti National Institute of Justice (NIJ) dan NATO. Penilaian dari segi penembusan, tahap kerosakan, serta risiko serpihan berbahaya bagi memastikan produk selamat digunakan dalam situasi berisiko. Pengujian amat penting dalam aplikasi seperti kenderaan kalis peluru, shield, bunker, kawasan ancaman tinggi seperti bank dan lain-lain.
Water Immersion Test
Ujian untuk menilai ketahanan bahan kalis peluru selepas direndam dalam air bagi tempoh tertentu. Ujian ini bertujuan
memastikan bahan masih mengekalkan prestasi balistik dan tidak mengalami kemerosotan struktur akibat kelembapan.
Selepas proses rendaman (mengikut tempoh dan suhu ditetapkan), sampel akan diuji semula secara balistik untuk menilai sama ada tahap perlindungan masih memenuhi piawaian yang ditetapkan.
V 50 Ballistic Limit Test
Ujian untuk menentukan halaju di mana 50% daripada projektil atau serpihan berjaya menembusi bahan kalis peluru. Nilai V 50 menunjukkan tahap ketahanan bahan terhadap ancaman balistik—semakin tinggi nilai V 50 , semakin baik rintangannya. Ujian ini lazimnya dijalankan mengikut piawaian seperti NATO (contohnya kaedah V 50 dalam STANAG 2920) dan digunakan untuk menilai prestasi bahan secara kuantitatif.
Pengukuran Kelajuan Projektil Menggunakan 2D Radar dan PPVMS
Ujian untuk mengukur halaju projektil atau objek bergerak secara tepat sebelum dan semasa ujian balistik. Sistem 2D Radar menangkap kelajuan dan arah objek dalam dua dimensi, manakala PPVMS (Portable Projectile Velocity Measurement System) mengukur halaju projektil dengan ketepatan tinggi. Ujian ini membantu menentukan kelajuan sebenar projektil, memastikan sampel diuji mengikut spesifikasi standard, dan menyokong penilaian prestasi balistik
bahan atau produk.
Pencerapan Meteorologi Tapak Tembak Menggunakan Peralatan Meteorological Station
Ujian untuk merekod data persekitaran di tapak tembak bagi menyokong ujian balistik. Ia mengukur parameter persekitaran seperti suhu, kelembapan udara, tekanan atmosfera, kelajuan angin, dan arah angin. Maklumat ini penting kerana keadaan persekitaran boleh mempengaruhi trajektori projektil dan keputusan ujian, memastikan data ujian balistik lebih tepat dan boleh diulang.
Stab Resistance Test
Ujian untuk menilai kemampuan bahan perlindungan personal menahan ancaman tikaman atau senjata tajam seperti pisau atau pemutar skru. Ujian ini dijalankan mengikut standard National Institute of Justice NIJ 0115.00, di mana sampel ditikam dengan engineered knife blade pada sudut, kedalaman, dan halaju tertentu. Tahap perlindungan diukur dan memastikan ia tidak melebihi had yang ditetapkan.
Kemudahan Sewaan Lapangsasar Tertutup 600 meter
Fasiliti lapangsasar tertutup sepanjang 600 meter ini yang dilengkapi dengan peralatan dan instrumentasi yang lengkap untuk menjalankan pengujian balistik secara terkawal dan selamat. Ia sesuai bagi ujian peluru kaliber kecil iaitu dari 5.56mm sehingga 12.7mm dengan sokongan infrastruktur seperti sistem keselamatan, kawalan jarak tembakan, serta ruang persediaan dan pemantauan ujian. Kemudahan ini membolehkan pelaksanaan pengujian dilakukan dengan tepat, konsisten dan mematuhi keperluan standard industri.
Weapon Performance Test
Pengujian prestasi untuk mendapatkan data teknikal mengenai tahap keupayaan dan keberkesanan sesuatu senjata. Prosedur ujian ini dijalankan berpandukan piawaian antarabangsa yang diiktiraf, iaitu MIL-STD (Military Standard) dan NIJ (National Institute of Justice). Skop pengujian ini merangkumi aspek berikut:
a. Functioning Test
b. Accuracy & dispersion
c. Consistency
Weapon Robustness Test
Pengujian ketahanan berdasarkan piawaian antarabangsa untuk menjamin kebolehpercayaan dan keselamatan sistem
persenjataan dalam persekitaran operasi yang ekstrem. Skop pengujian ini merangkumi aspek berikut:
a. Adverse Condition Test
b. Drop Test
c. Endurance Test
Visual and physical Inspection
Pemeriksaan visual dan fizikal ke atas komponen persenjataan dilaksanakan bertujuan untuk menilai integriti setiap
bahagian secara menyeluruh, sekali gus menjamin tahap keselamatan serta prestasi operasi yang selaras dengan piawaian
ketenteraan antarabangsa.
Barrel health check
Pemeriksaan laras senjata untuk menentukan tahap kehausan, integriti struktur dan jangka hayat laras senjata melalui kaedah berikut:
a. Barrel bore Inspection:Pemeriksaan visual di dalam laras untuk menentukan sebarang kecacatan atau halangan di permukaan dalam laras.
b. Gun Barrel Bore Gauge (EMEI Armament BA005):Pengukuran diameter di dalam laras senjata. Diameter laras yang boleh diukur ialah 155mm, 105mm, 90mm, 57mm, 40mm dan 35mm.
Motion analysis
Analisa rakaman slow motion dengan penggunaan kamera berkelajuan tinggi bagi merakam mekanisma operasi senjata dan amunisi dalam. Analisa ini membolehkan pemerhatian teknikal terhadap fasa kitaran senjata yang lebih terperinci.
Thermogravimetric Analyser (TGA)
Pengujian Thermogravimetric Analyser (TGA) dijalankan bagi menilai kestabilan terma dan profil penguraian bahan bertenaga tinggi melalui pengukuran perubahan jisim sampel sebagai fungsi suhu dan masa di bawah atmosfera terkawal (nitrogen/udara). Data TGA digunakan untuk menilai kestabilan penyimpanan, ciri degradasi terma dan kandungan bahan meruap dalam propelan atau bahan letupan. Analisis dijalankan mengikut spesifikasi STANAG 4515.
Differential Scanning Calorimeter (DSC)
Differential Scanning Calorimeter (DSC) digunakan untuk mengkaji kestabilan terma dan sifat tenaga haba bahan bertenaga tinggi, termasuk propelan peluru dan bahan bertenaga tinggi mengikut spesifikasi STANAG 4515. Data DSC membantu dalam menilai kestabilan formulasi, keselamatan penyimpanan dan jangka hayat bahan.
Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR)
Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR) digunakan bagi tujuan pengenalpastian bahan (material identification) sampel pakaian keselamatan tentera atau bahan komposit lain. Kaedah ini membolehkan pengesanan functional group
dan pengesahan identiti bahan. Analisis dijalankan mengikut prosedur operasi peralatan User Manual Platinum ATR.
High Pressure Bomb Calorimeter
High Pressure Bomb Calorimeter digunakan untuk menentukan nilai haba pembakaran (heat of combustion) propelan peluru dan bahan bertenaga tinggi mengikut spesifikasi MIL-STD-286C. Ujian ini penting bagi menilai prestasi tenaga, kecekapan pembakaran dan keselamatan bahan.
Karl Fischer Titrator
Karl Fischer Titrator digunakan untuk menentukan kandungan kelembapan (moisture content) dalam sampel mengikut
spesifikasi MIL-STD-286C. Ujian ini penting bagi menilai kestabilan kimia, keselamatan penyimpanan dan prestasi propelan dan bahan bertenaga tinggi kerana kandungan air yang tinggi boleh menjejaskan jangka hayat dan sensitiviti bahan.
Ultra-High Performance Liquid Chromatography (UHPLC)
Ultra-High Performance Liquid Chromatography (UHPLC) digunakan untuk pengujian kestabilan kimia dan jangka hayat
propelan peluru berasaskan Nitroselulosa. Kaedah ini digunakan bagi memastikan prestasi, keselamatan dan ketahanan
sepanjang hayat penyimpanan peluru. Analisis dijalankan mengikut standard ketenteraan dan kawalan mutu antarabangsa STANAG AOP-48.
Perkhidmatan Laser Cutter
Perkhidmatan pemotongan dan ukiran bahan menggunakan teknologi laser berketepatan tinggi. Ia sesuai untuk kerja
yang memerlukan hasil kemas, tepat, dan konsisten
Perkhidmatan EDM Wirecut
(Electrical Discharge Machining Wirecut) ialah kaedah pemesinan menggunakan wayar elektrik untuk memotong logam
dengan ketepatan tinggi. Ia sesuai untuk kerja yang terlalu kompleks atau keras untuk kaedah pemotongan biasa
Cable Tensile Machine
Mengukur kekuatan bahan (tali dawai, kabel keluli, rantai logam dan lain-lain sehingga 300kN.
Ujian Balistik terhadap Sampel Perkakasan Perlindungan Personal Balistik (Personal Ballistic Protective Equipment atau PBPE) berpandukan Standard Industri Balistik Antarabangsa
Ujian bagi menentukan sampel mematuhi piawaian standard industri balistik antarabangsa yang telah ditetapkan.
Seperti:-
- Baju Kalis Peluru
- Topi Kalis Peluru
- Cermin Mata
Ujian Kesan Balistik pada Pelbagai Jenis Produk Pengguna
Ujian bagi menentukan Kesan Balistik Pada Pelbagai Jenis Produk Pengguna seperti berikut:-
- Cermin Kalis Peluru
- Panel Kalis Peluru
- Tangki CNG
- Produk Pemadam Kebakaran
Ujian Rendaman bagi Sampel Bahan Kalis Peluru
Ujian ini dilaksanakan bagi menentukan sampel tidak mengalami keretakan pada permukaan luar.
Ujian Had Balistik V50 ke atas Bahan Kalis Peluru
Mengukur prestasi balistik perisai berdasarkan tenaga kinetik peluru.
Ujian Pengukuran Ketepatan (Shot Dispersions) untuk Senjata dan Amunisi
Ujian yang dilaksanakan untuk mengukur dan mendapatkan ketepatan tembakan ke atas sasaran bagi senjata dan peluru.
Peralatan 2D Doppler Radar
Pengukuran kecepatan Projal bagi segala jenis senjatapi, roket, dan misil dari kaliber kecil sehingga ke besar.
Peralatan Meteorogical Station
Pencerapan Data Meteorologi di Tapak Tembak.
Pengukuran data persekitaran seperti:-
- Suhu Persekitaran
- Kelembapan Udara
- Tekanan Atmosfera
- Kelajuan Angin
- Arah Angin
Ujian Stab Resistance untuk Sampel Bahan Kalis Peluru mengikut Standard NIJ 0115.00
Pengukuran daya kerintangan bahan kalis peluru terhadap ancaman tikaman pisau dan Spike sehingga ke Tahap 3.
Rakaman Tembakan dalam format Full Frame and High Definition
Khidmat rakaman aktiviti semasa ujian tembakan dilaksanakan menggunakan kamera beresolusi tinggi Full HD.
Kemudahan Penyewaan Lapangsasar Tertutup Sepanjang 600 Meter Lengkap dengan Kemudahan Camera Full HD bagi Merakam Ujian Tembakan dan 2D Doppler Radar bagi Merekod Halaju Projal sehingga Kaliber 12.7mm
Cawangan Balistik bertanggungjawab ke atas lapangsasar tertutup sepanjang 600 meter yang terdapat di Bahagian Teknologi Persenjataan STRIDE Batu Arang. Lapangsasar ini boleh disewa beserta dengan kemudahan lain pada harga yang amat berpatutan.
Sound Level Test
Alat digunakan untuk menguji tahap hingar (noise level) semasa ujian tembakan dilaksanakan.
Cyclic Chamber (Salt Spray Test ) – MIL STD 810G/Others
Ujian semburan garam adalah ujian kakisan yang dipercepatkan yang menghasilkan serangan menghakis kepada sampel bersalut (coating) untuk menilai (kebanyakannya relatif) kesesuaian salutan kepada sampel/produk.
Sensitivity of Explosive due to Impact Test – MS 1990-2-4:2009
Menguji atau menilai tahap sensitiviti sampel bahan letupan (explosive) terhadap kesan impak pemberat. Penilaian dilaksanakan berdasarkan kepada tenaga impak terendah (Limiting Impact Energy, LIE) bahan letupan.
Thermogravimetric Analyser (TGA)
Pencirian haba bahan bertenaga tinggi oleh TGA.
Differential Scanning Calorimeter (DSC)
Pencirian haba bahan bertenaga tinggi oleh DSC.
Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR)
Analisis kualitatif bahan bertenaga tinggi oleh FTIR.
High Pressure Bomb Calorimeter
Pengukuran haba pembakaran bahan bertenaga tinggi oleh kalorimeter bom bertekanan tinggi.
Karl Fischer Titrator
Pengukuran kandungan kelembapan dalam bahan bertenaga tinggi oleh titrator Karl Fischer volumetrik.
Ultra-High Performance Liquid Chromatography (UHPLC)
Ujian kestabilan kimia propelan berasaskan nitrocellulose berdasarkan pengurangan bahan penstabil oleh UHPLC.
Gun Barrel Bore Gauge (EMEI Armament BA005)
Mengukur diameter di dalam laras senjata. Diameter laras yang boleh diukur ialah 155mm, 105mm, 90mm, 57mm, 40mm dan 35mm.
Video Image Scoping
Pemeriksaan dan pengukuran untuk mengukur saiz atau kedalaman kecacatan seperti keretakan yang dijumpai ketika pemeriksaan. Imej yang diperolehi jelas dan beresolusi tinggi walaupun di dalam ruang yang terhad melalui sumber cahaya diod laser terang dan teknologi pemprosesan imej terkini.
Fastec High Speed Motion Analysis (5,000fps)
Merakam pergerakan perlahan untuk objek yang laju sehingga 5,000fps.
Photron High Speed Motion Analysis (250,000fps)
Merakam pergerakan perlahan untuk objek yang laju sehingga 250,000fps.
Infra Red Temperature Thermo Graphic Test
Merakam suhu untuk mengesan corak haba dalam spektrum panjang gelombang inframerah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Suhu yang dapat dirakam ialah daripada -20°C hingga 1000°C.
Precision Measurement Test
Mengukur objek menggunakan peralatan Coordinate Measuring Machine (3D CMM).
Firing Test
Ujian tembakan untuk menguji keupayaan dan kefungsian senjata.
Projectile Rocket Ordnance Design & Analysis System
Perisian untuk menghasilkan model roket atau peluru, mengukur mass properties, mengira aerodinamik dan kestabilan untuk simulasi ujian tembakan.
Firearm Physical and Dimension Examination
Pemeriksaan fizikal dan pengukuran dimensi ke atas senjata kecil seperti berikut:
Safety Storage Box and Strong Room
Menyediakan kemudahan untuk menyimpan senjata kecil.
Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila hubungi:
En. Mohamed Razman Bin Deraman
Telefon: 603-6035 2121





Total views : 102279