
KELAB KAKITANGAN STRIDE (KKSTRIDE)
SEJARAH PENUBUHAN KELAB
Kelab Kakitangan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (KKSTRIDE) ditubuhkan untuk mewujudkan hubungan erat antara kakitangan seterusnya berkongsi hal-hal kebajikan antara satu sama lain. Menyorot kembali sejarah penubuhan sebuah kelab kakitangan sekitar tahun 70-an, STRIDE yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Pertahanan (Defence Research Centre) telah mula menerima sejumlah kakitangan baru sejak ditubuhkan pada tahun 1967. Apabila kakitangan menjadi semakin ramai, beberapa aktiviti sosial dan sukan mula difikirkan perlu untuk dilaksanakan sebagai satu keperluan kebajikan. Seorang juruteknik memulakan langkah progresif sekitar tahun 1977 dengan menggerakkan usaha mewujudkan kelab kakitangan dengan objektif mewujudkan hubungan harmoni di luar waktu pejabat antara kakitangan. Juruteknik yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Abd Ghani bin Mohd Nor, Juruteknik Makmal Metalurgi, Pusat Penyelidikan Pertahanan (DRC). En. Chew Ern Sin telah dipilih sebagai Pengerusi Kelab Kakitangan yang pertama. Dari tahun 1977 sehinggalah 2017, usia kelab telah pun menginjak ke-47 tahun. Usia sebegini matang membuktikan kewujudan kelab kakitangan ini telah berjaya mencapai objektif penubuhannya. Jawatankuasa baharu KKSTRIDE bagi sesi 2023/2025 telah dipilih semasa Mesyuarat Agung Kali Ke-6 yang telah diadakan pada 10 April 2023 yang lalu. Ts. Kamarulzaman bin Mustapa telah dipilih menerajui KKSTRIDE bagi sesi 2023/2025.


















Total views : 98234