Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklumbalas
Peta Laman
KUALA LUMPUR, 8 MAC 2021 - PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Wanita dan Mesyuarat Agung Kali Ke-38 di Wisma Pertahanan hari ini. 
Pada sambutan ini, Pengarah Kanan Nukleus Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin STRIDE, Dr. Zalini binti Yunus telah dianugerahkan sebagai Tokoh Wanita Kementerian 2021.
Manakala seramai lima ahli turut menerima Anugerah Kecemerlangan PUSPANITA Tahun 2020. Senarai penerima seperti berikut;
a. Encik Mohd Shahrizal bin Mohd Nor - Setiausaha Bahagian - Bahagian Khidmat Pengurusan
b. Encik Mohd Hafiz bin Mohd Noor - Penolong Pegawai Penyelidik - STRIDE
c. Puan Shahidah Banu binti Abdul Satar - Ketua Biro Sosial PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan - UKS
d. Puan Rahimatul Azlina binti Mat Yusoff - Ketua Biro Taska PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan - BPSM
e. Puan Rohatini binti Hanafi - Biro Kebajikan dan Agama - Markas Tentera Udara
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz diiringi Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan, Datin Sri Rafidah binti Latif.
Dalam majlis yang sama, Ceramah Sempena Hari Wanita juga turut diadakan dengan kehadiran panel jemputan daripada Pengasas Telekung Jenama Siti Khadijah iaitu Puan Hajah Padzilah binti Enda dan YBhg. Ustazah Datuk Dr. Norhafizah binti Musa, Pendakwah dan Pensyarah Kanan UTM.
Program yang bermula seawal jam 8 pagi telah manfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli PUSPANITA yang hadir dengan pematuhan SOP dengan jumlah kehadiran yang terhad.
Turut hadir, Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Timbalan Pengerusi I dan Datin Kamariah binti Abd Rahman, Timbalan Pengerusi II.
Mesyuarat Agung Ke-38 turut diadakan pada sebelah petang. Mesyuarat tersebut telah diadakan secara maya dengan kehadiran AJK dan seluruh ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan.