Kolam Apungan
Kolam apungan ini digunakan untuk aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kerja-kerja teknikal seperti pengujian kesesuaian penggunaan peralatan perlindungan personel dan lain-lain. Pengujian yang dijalankan adalah seperti berikut berikut:
- Ujian pematuhan jaket keselamatan (life jacket) berdasarkan standard BS EN 396: 1994 lifejackets and personal buoyancy aids-lifejackets
- Ballistic floatation vest
- Buoyancy test
- Light raft
- Underwater vehicle
Kolam ini juga boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi sukan air.
Lapang Sasar Tertutup 600 meter
Antara pengujian yang dijalankan di lapang sasar tertutup 600m adalah:
- Ballistic Resistance of Personal Body Armor - Ballistic Body Armor NIJ 0101.04/06
- Stab Resistance of Personal Body Armor - Anti Stab Test NIJ 0115.00
- Pengujian ke atas Ballistic Helmet- NIJ 0106.01
- V50 Ballistic Test for Armor– MIL STD 662F
- Pengujian ke atas Ballistic Armor Glass- AS/NZS 2343
- Ballistic Resistant Protective Materials - Bullet Resistance Protective MaterialNIJ 0108.01
- Penyewaan lapang sasar tertutup 600m
- Instrumentasi Balistik
- Ujian kefungsian kepada peluru dan senjata kecil
Makmal Ujian Tanpa Musnah (NDT)
Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh makmal ini adalah seperti berikut:
- Melakukan ujian kelayakan pengimpal (welder qualification test) untuk pengimpal-pengimpal yang akan melakukan kerja-kerja kimpalan pada kapal-kapal TLDM
- Membantu pihak TLDM memeriksa kualiti kimpalan yang dilakukan pada aset kerajaan seperti hullkapal khasnya dan bahan-bahan binaan berkimpalan yang lain amnya
- Melakukan ujian pemeriksaan ketebalan plate(thickness measurement) dengan menggunakan thickness gauges untuk mengetahui ketebalan semasa ianya masih boleh digunakan atau perlu diganti baru
- Melakukan ujian radiografi pada missile exocet & torpedo bagi mengesan sebarang kecacatan yang terdapat pada struktur binaan dalamannya
Makmal Kenderaan
Pengujian yang dijalankan untuk kenderaan seperti berikut:
- Kebuk Ujian Persekitaran (Pandu Lalu)
- Peralatan Ujian Brek
- Peralatan Ujian Kecondongan
- Peralatan Ujian Getaran
- Pengukuran Bunyi, Kebisingan dan Getaran
- Pengukuran Keselesaan Suhu