Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklumbalas
Peta Laman
KAJANG, 11 APRIL 2023 – MAJLIS IFTAR STRIDE BERSAMA YB ADLI ZAHARI, TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN.
YB Adli Zahari dan Pegawai-pegawai Tertinggi MinDef telah menghadiri Majlis Iftar STRIDE bertempat di Lobi Blok A dan Musolla Al-Farabi, Kompleks Induk STRIDE.
Ketibaan YB Adli Zahari dan para tetamu jemputan telah disambut oleh Ketua Pengarah STRIDE, YBhg. Dato’ Aminudin bin Yahaya.
YB Adli Zahari telah sudi untuk menyantuni dan menyampaikan Sumbangan Infaq Rahmah kepada penerima yang terdiri daripada golongan asnaf serta wakil Rumah Anak Yatim di sekitar Bangi dan Kajang. Agenda diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib, Solat Isya’ dan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.
Turut hadir mantan Ketua Pengarah STRIDE, Pengerusi Surau Al-Makmur, Taman Bukit Mewah, Pengurus Rumah Bakti Al Kausar, Pengurus Rumah Bakti Nur Ain, Bangi dan penerima-penerima sumbangan Infaq Rahmah.
 
@StrideMindef
@MindefMalaysia